Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada saya dah pernah mendaftar sebagai agen affiliate JV Warrior ataupun belum?

Untuk mengetahui sama ada anda dah pernah mendaftar sebagai agen affiliate JV Warrior ataupun belum, sila login ke ruangan keahlian JV Warrior anda. Kemudian lihat di bahagian menu. Sekiranya ada menu "Affiliate Info" seperti dalam rajah di bawah, itu bermaksud anda telahpun membuat pendaftaran sebelum ini.

Sekiranya tiada menu affiliate (atau anda tidak mempunyai akaun keahlian JV Warrior), itu bermaksud anda belum lagi mendaftar sebagai agen affiliate JV Warrior. Jadi perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk membolehkan anda menyertai program affiliate yang dianjurkan leh pihak JV Warrior.

 

PENTING - Pastikan anda mengemaskini maklumat akaun bank anda sebelum membuat sebarang promosi.