Cara Saya Maintain Sale 5 Angka Sebulan Jual Barang Di Ebay

Saya mula terjebak dengan bisnes Ebay pada 2010…Buat Ebay fulltime dari penghujung 2014…Alhamdulillah masuk tahun 2021 ni, genaplah 6 tahun saya buat bisnes Ebay secara fulltime.

Sepanjang tempoh tersebut, macam-macam perkara yang saya dah lalui…Antara yang manis adalah, saya berjaya maintain sale 5 angka setiap bulan tanpa skip langsung…Syukur Alhamdulillah rezeki Allah SWT bagi.

Actually tak ramai yang mampu bertahan lama dengan Ebay…Kebanyakkan daripada mereka yang baru join akan “come and go” sebab tak tahu cara nak maintain.

Hanya sebilangan kecil je yang konsisten bertahun-tahun hingga jadi sumber pendapatan utama…Yang lain banyak stop macam tu je walaupun dieorg tahu potensi bisnes Ebay tu macam mana.

So dalam post ni saya nak share sedikit tips dengan korang semua macam mana nak konsisten sale 5 angka setiap bulan dalam bisnes Ebay…Mudah-mudahan korang pun boleh fulltime dengan Ebay suatu hari nanti…InsyaAllah

1) Big Why

Mula-mula buat Ebay dulu, saya cuma mampu pakai Kancil je…Waktu tu macam-macam kerja saya buat…Saya jual takaful…Saya ajar budak tuisyen dan macam-macam lagi.

Rumah pulak saya sewa dengan kawan dekat JB…Wife dengan anak-anak waktu tu duduk dekat Segamat sebab wife kena posting dekat sana.

So disebabkan kerana keadaan ekonomi yang tak berapa stabil dan terpaksa pulak ulang alik JB – Segamat setiap minggu, membuatkan saya nekad untuk fokus buat bisnes Ebay betul-betul.

Ye lah, sampai bila nak hidup macam tu…Anak-anak tak membesar depan mata…Apa-apa berlaku, saya cuma mampu dengar dari jauh je!

Bila ada “big why” yang strong macam tu, saya jadi bersemangat dan hati pun makin kental…Benda tu penting sebab dalam bisnes ni ada banyak cabaran…Nak naik pun take time…So kalau tak betul-betul kental, memang kejap je dah down!

2) Ilmu Yang Berterusan

Nak buat bisnes, memang kena ada ilmu…Ilmu pulak kita boleh dapat dari try and error atau belajar dari orang lain…Ikut pengalaman saya, belajar dari orang lagi murah + mudah + cepat!

Try and error nampak macam mudah dan percuma…Tapi hakikatnya kita akan lebih banyak bazir masa, tenaga dan jugak wang ringgit…Sebab itu dari awal-awal lagi saya terus beli panduan orang dan pergi kelas-kelas berkaitan Ebay secara berterusan.

Kadang-kadang 95% ilmu dalam panduan / kelas tu saya dah tahu, tapi saya join jugak sebab nak dapatkan baki 5% tu…Dari situ barulah saya akan sentiasa grow dan tak berada di takuk yang sama pada setiap masa.

3) Kawan-Kawan Bisnes

Bila dah terjebak dengan bisnes, kita kena ada ramai kawan…Dengan adanya ramai kawan, kita tak mudah terumbang ambing bila dipukul ombak.

Kawan-kawan akan support…So sebab itu kita kena berterusan “buat kawan”…Macam saya, saya berkawan dengan usahawan Ebay lain, berkawan dengan orang pos, berkawan dengan internet marketer dan circle-circle lain yang berkaitan.

Saya selalu jumpa dieorg dan whatsapp untuk bertanya khabar serta saling “give and take”…Dari situ saya dapat banyak idea, peluang dan rezeki tanpa perlu struggle sorang-sorang!

4) Berterusan Survey & Listing

Satu lagi benda yang penting dalam bisnes Ebay adalah kita kena sentiasa survey produk yang ada permintaan dan seterusnya buat listing.

Benda ni kita kena buat secara berterusan…Tak boleh maintain je dengan produk sedia ada lama-lama sebab permintaan dan persaingan akan sentiasa berubah-ubah.

Kadang-kadang bulan ni produk kita tu high demand dan laku keras…Tapi bulan depan belum tentu lagi…Mungkin dah susah nak laku sebab ramai seller lain jual jugak.

So nak tak nak kita kena sentiasa berterusan survey serta listing produk baru yang berpotensi laku. Inilah yang saya sering tekankan dalam panduan Export Mudah.

5) Margin Besar

Bila kita survey dan listing produk, sebaiknya fokus pada produk yang marginnya besar…Jual produk yang untungnya RM300/unit adalah lebih berbaloi walaupun hanya laku 3 unit sehari berbanding jual produk yang untungnya RM10/unit tapi laku 90 unit sehari!

Nak beli + packing + pos 3 unit barang kejap je…Tapi nak beli + packing + pos 90 unit barang bukan mudah…Silap haribulan kena hire staf…So dekat situ kita kena bijak buat kira-kira…Jangan jual murah sangat dan jangan buang harga!

Don’t worry, market Ebay ni world wide…Ada orang memang suka beli yang murah-murah…Tapi ada orang prefer beli yang harga mahal sebab lebih rasa confident…So harga bukan isu besar sangat dalam bisnes Ebay ni.

6) Invest

Bila bisnes dah ada untung lebih sikit, jangan kedekut untuk invest besarkan bisnes…Saya tengok ramai yang kedekut nak spend duit untuk langgan Ebay store dan lain-lain tool berbayar…Tau nak yang percuma je!

Benda percuma ni ada banyak limitation…So macam mana kita nak grow kalau stick pada benda percuma je. Sama jugak dengan isu man power…Kalau sale dah banyak, jangan kedekut untuk hire staf dan sebagainya.

Bila kedekut, memanglah susah kita nak grow sebab kita takkan mampu buat semuanya sendiri…At the end tak dapat nak catch up dan bisnes pun akan jadi makin serabut.

7) Buat Beberapa Akaun

Bisnes di platform orang, macam-macam boleh terjadi dalam sekelip mata…Mungkin akaun kita akan kena permanent suspended atas kesilapan yang tak disengajakan dan sebagainya.

Kadang-kadang, bukan salah kita pun…Mungkin buyer / seller lain dengki dan sebagainya…So untuk memastikan “kerjaya” kita di Ebay tidak terus berkubur, adalah lebih secure jika kita setup beberapa akaun.

Kita boleh gunakan nama ahli keluarga kita untuk akaun yang lain…Selain lebih secure, peluang untuk kita jana lebih banyak income jugak lebih cerah sebab kita ada “banyak kedai”.

8) Sedekah

Last sekali, amalkan bersedekah secara berterusan…Mungkin rezeki kita murah tu sebab Allah SWT nak kita bantu orang-orang susah di sekeliling kita.

So make sure allocate kan beberapa percent dari income untuk berterusan bersedekah pada mereka yang memerlukan tanpa perlu mengharapkan balasan…Allah SWT pasti akan balas balik semua amal jariah kita!

So itulah antara perkara-perkara yang saya lakukan untuk maintain sale 5 angka setiap bulan dalam beberapa tahun penglibatan dalam bisnes Ebay.

InsyaAllah, kalau korang buat perkara yang sama, rezeki yang lebih kurang sama jugak korang akan dapat nanti atau mungkin lebih baik dari tu lagi…Siapa tahu kan!…InsyaAllah… 😊

Mohd Farhan Ahmad

Mohd Farhan Ahmad

Mohd Farhan merupakan founder kepada panduan Export Mudah. Beliau merupakan usahawan Ebay sepenuh masa sejak 2014.

Langsai Hutang Kredit Kad RM20k Di Waktu PKP Hasil Jual Barang Di Ebay

Langsai Hutang Kredit Kad RM20k Di Waktu PKP Hasil Jual Barang Di Ebay

Sale 6 Angka Jual Barang Di Ebay Ketika Musim Covid

Sale 6 Angka Jual Barang Di Ebay Ketika Musim Covid

Engineer Kilang Jana Pendapatan Lumayan Di Ebay

Engineer Kilang Jana Pendapatan Lumayan Di Ebay