Pendahuluan & Mindset yang betul buat duit dengan eBay
Kami sudah buat Panduan menjual di eBay ni dari tahun 2019.
Apa yang anda baca dan tonton di Panduan Export Mudah adalah hasil perkongsian pengalaman kami buat eBay secara fulltime dari penghujung tahun 2014.
Asbab eBay
Ianya bukan jalan yang singkat dan ianya bukan lah sesuatu yang mustahil.
Mindset yang betul buat eBay
eBay berbeza dengan Shopee dan Lazada. Ianya lebih leceh dan ketat sedikit. Sebab tu perlu baca eBook sebab kami kongsikan berdasarkan pengalaman sebenar dan juga pengalaman peserta sebelum ini.
Lautan tu luas. Tak perlu harungi pengalaman yang tak sepatutnya dengan membaca dahulu Panduan ini.
Selepas buka akaun sebagai seller dan akaun kena suspend, submit document yang eBay minta. Nanti selling limit akan naik kepada 50 item dan 4,100 MYR.
Ada juga yang dapat ke 100 item dan 16,000 MYR. Malah ada yang lebih tinggi lagi terus dapat naik selling limit.
eBay hold payment
Buat duit dengan eBay tanpa packing & hantar barang
Ramai dah berjaya buat untung bersih 3 hingga 4 angka sebulan tanpa packing dan hantar barang. Mereka ini semua masih bekerja lagi dan buat eBay sebagai income tambahan.
Tak susah sebenarnya. Hanya perlu research barang di eBay dan list kan barang itu. Selepas ada sales hantar barang itu ke pejabat kami dan gunakan sistem BerkatPos.com.
Kami gunakan kurier DHL Express untuk hantar barang. Biasanya ianya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk sampai ke pembeli.
Jika beli barang di Shopee or lazada or supplier lain, hantarkan barang yang dah terjual itu ke opis kami. Kemudian kami akan timbang dan anda buat pembayaran berdasarkan berat yang kami timbang.
Jika beli barang di Shopee or lazada or supplier lain, hantarkan barang tiu ke opis kami. Kemudian kami akan timbang dan anda buat pembayaran berdasarkan berat yang kami timbang.
Gambar diatas adalah sebahagian barang yang sampai ke opis kami yang gunakan BerkatPos.com untuk hantar barang ke luar negara.
Selepas pihak terima pembayaran seperti dibawah, kami akan proses dan hantar. Didalam bab BerkatPos.com nanti kami akan cerita dengan lebih detail.
Nak hantar barang sendiri?
Ada juga mereka yang nak packing barang sendiri dan kemudian hantar barang sendiri. Jangan risau, kami ada cover juga bab ni. Cara nak register pun ada diterangkan.


