Ringkasan apa yang anda perlu tahu

Ramai teruja nak mula jual barang kat eBay, tapi ramai juga yang tersangkut sebab tak ikut flow betul. Ini 8 langkah penting 

1) Buka akaun eBay

Mula-mula, buka akaun eBay di eBay.com.my, bukan eBay.com. Masa daftar, cukup isi nama dan alamat sahaja. Lepas tu… jangan terus buat listing.

Kena bagi masa sekurang-kurangnya 2 minggu. Platform luar negara macam eBay, Etsy, Amazon memang tak suka akaun baru terus menjual hari yang sama buka.

2) Cari barang laku eBay

Dalam masa 2 minggu tu, boleh mula survey barang yang laku. Sambil tu, penting juga untuk faham beza kurier ekonomi dan kurier express. Ini akan bantu bila nak kira kos dan margin untung. Ingat ni:

— Kurier ekonomi sesuai untuk barang murah.

— Kurier express pula untuk barang mahal.

3) Buat listing di eBay

Bila dah jumpa barang yang ada untung, baru mula buat listing (senaraikan produk untuk dijual). Tapi pastikan tunggu cukup 2 minggu lepas akaun dibuka — ini untuk elak kena flag oleh sistem eBay.

4) Daftar akaun Payoneer

Masa buat listing, biasanya akan keluar popup untuk daftar akaun Payoneer. Jangan block popup tu di browser. Kalau tak, proses akan tergendala dan susah nak sambung.

5) Verify akaun eBay & Payoneer

Selepas daftar dan buat listing, kebanyakan akaun akan kena suspend sementara. Ini normal — proses untuk eBay dan Payoneer buat pengesahan. Tapi ada juga akaun yang tak kena suspend. Bergantung pada sistem.

6) Barang laku di eBay

Kalau ada barang terjual, eBay akan hantar email pemberitahuan. Masa ni boleh semak order dalam sistem eBay dan bersedia untuk pos barang.

Ni contoh email yang akan dpat bila dapat order dari luar negara

7) Hantar barang ke luar negara

Bila nak pos barang, pastikan guna kurier yang sesuai — ekonomi atau express ikut nilai dan jenis produk. Silap pilih kurier boleh buat untung jadi rugi.

8) Keluarkan hasil jualan eBay

Bila pembeli dah terima dan tiada isu, duit akan masuk ke akaun Payoneer. Tapi bukan terus boleh keluar — kena tunggu payment tu “clear”. Bila dah clear, baru boleh withdraw ke akaun bank Malaysia.