Memahami jenis kurier
Sebelum terus ke langkah seterusnya, penting untuk faham jenis-jenis kurier. Ramai yang rugi atau terus putus asa sebab tersalah pilih kurier dari awal.
Target Market
Kurier economy untuk jual barang murah. Manakala kurier express untuk jual barang mahal.
Kebiasaannya barang bawah $50 USD pakai kurier economy namun ianya bergantung juga kepada situasi.
Kebiasaannya, kurier economy hanya terima berat maksimum 2kg, manakala kurier express boleh hantar dari barang yang ringan hingga ke yang berat.
Kos penghantaran
Kos penghantaran kurier economy untuk permulaan rendah berbanding kurier express.
Sebab itu barang murah kena pakai kurier economy. Barang mahal guna kurier express.
Terima barang berapa lama?
Kebiasaannya kurier economy terima barang dalam 2 minggu ke 4 minggu.
Barang murah, kos penghantaran rendah maka penerima akan terima dalam masa lebih lama.
Untuk kurier express penerima akan terima dalam masa 3 hari ke 8 hari bekerja.
Kos penghantaran mahal maka terima dalam masa yang cepat.
Ada yang selalu tanya, penerima (buyer) tak marah ke terima barang lambat?
Jawapannya penerima dapat notifikasi bila anggaran barang mereka akan sampai.
Contoh diatas jika pembeli dari US beli pada tarikh artikel ini ditulis (20 June 2025) dengan kurier economy dan handling time 3 business day
Maka waktu akan sampai antara 8 Julai 2025 sehingga 5 Ogos 2025.
Contoh diatas jika pembeli dari US beli pada tarikh artikel ini ditulis (20 June 2025) dengan kurier express dan handling time 3 business day
Maka waktu akan sampai antara 27 Jun 2025 sehingga 3 Julai 2025.
Kurier untuk permulaan
Untuk yang baru ingin bermula sesuai guna kurier Flexipack International Pos Malaysia jika ingin menjual barang murah.
Untuk makluman Flexipack International Pos Malaysia tamatkan operasi penghantaran ke luar negara bermula 31 Disember 2025.
Jika ingin pakai kurier SingPost anda perlu call mereka untuk daftar akaun di talian Tel: 03-5569 6901 Fax: 03-5569 6910
Jika taknak packing sendiri boleh pakai kurier express seperti BerkatPos.com.
Kenapa kurier ini sesuai untuk permulaan? Kerana tak perlu daftar SSM ataupun trading lesen (untuk Sabah & Sarawak) untuk menggunakannya.
Kurier lain
Untuk pergi lebih jauh kurier ini lebih sesuai.
Namun anda perlu ada SSM ataupun trading lesen.
Ada juga kurier yang anda perlu ada deposit untuk daftar dan gunakannya.
Macam mana nak tahu seller eBay lain pakai kurier apa?
Pada setiap listing seller eBay lain tengok Located in : Malaysia seperti diatas
Bahagian Shipping jika ada Economy Shipping from outside US bermakna guna kurier economy.
Samada Flexipack International Pos Malaysia or Singapore Post.
Pada setiap listing seller eBay lain tengok Located in : Malaysia seperti diatas
Bahagian Shipping jika ada Expedited Shipping bermakna guna kurier express.
Samada BerkatPos, DHL, FedEx, UPS ataupun Aramex.




