Memahami handling time eBay
Dalam konteks eBay, “Handling Time” bermaksud jumlah hari bekerja yang anda perlukan untuk memproses dan menghantar barang selepas ia dijual. Ini tidak termasuk hujung minggu atau cuti umum
Apabila anda menerima order di eBay, anda akan terima email daripada eBay yang menyatakan:
📦 “Item has sold!”
Dalam email tersebut, eBay akan tunjukkan secara jelas:
🔔 Tarikh akhir anda perlu hantar barang (Ship by)
📅 Tarikh ini dikira secara automatik berdasarkan “Handling Time” yang anda tetapkan di eBay semasa buat listing.
Barang terjual pada 13 Jun 2025 (Jumaat) dan penjual telah tetapkan handling time selama 4 hari bekerja.
🟥 13 Jun (Jumaat) tak dikira sebab hari item terjual.
🟥 14 Jun (Sabtu) dan 15 Jun (Ahad) juga tak dikira kerana hujung minggu.
✅ Maka kiraan hari pertama bermula pada 16 Jun (Isnin).
Jadi:
-
Hari Pertama: 16 Jun (Isnin)
-
Hari Kedua: 17 Jun (Selasa)
-
Hari Ketiga: 18 Jun (Rabu)
-
Hari Keempat (terakhir): 19 Jun (Khamis)
➡️ Jadi, barang perlu dihantar selewat-lewatnya pada 19 Jun 2025 (Khamis) bagi mematuhi handling time yang ditetapkan.
Mari tengok contoh lain pula
Barang terjual pada 28 Januari 2025 (Selasa), dan telah tetapkan handling time selama 2 hari bekerja.
🟥 28 Jan (Selasa) tak dikira sebab hari item terjual.
🟥 29 & 30 Jan (Rabu & Khamis) cuti umum (Chinese New Year) — tak dikira.
✅ 31 Jan (Jumaat) mula dikira sebagai hari pertama.
🟥 1 & 2 Feb (Sabtu & Ahad) tak dikira sebab hujung minggu.
✅ 3 Feb (Isnin) ialah hari kedua, iaitu hari terakhir untuk pos order.
➡️ Jadi, tarikh akhir untuk hantar barang ialah 3 Februari 2025 (Isnin), bagi mematuhi handling time 2 hari bekerja yang ditetapkan.
Apa perlu buat bila akaun baru maksimum handling time 3 hari je?
Untuk akaun baru maksimum handling time biasanya 3 hari sahaja.
Senang sahaja. Jual barang di Shopee yang boleh sampai dalam masa sehari or dua hari bekerja.
Kan ada kat shopee delivery time barang nak sampai ke tempat anda or ke BerkatPos.
Jual barang ni. Sebagai contoh tengok bawah ni
Jika beli pada tarikh artikel ini ditulis 9 Ogos 2025 iaitu hari Sabtu, akan sampai ke BerkatPos antara 10 Ogos – 11 Ogos 2025.
So sempat lah handling time 3 hari bekerja. Setiap masalah ada solusinya. Just kena fikir sedikit 😄.


