Cara nak gunakan eBook Export Mudah V2

Tahniah anda sudah buat pelaburan upgrade diri dalam ilmu eBay. 

Panduan Export Mudah V2 dikongsi berdasarkan pengalaman 4 orang yang jadikan eBay sebagai salah satu sumber pendapatan utama.

Dari kiri Fazley, Farhan, Pok Nik & Asari. 

Bagi yang belum ada akaun eBay baca tajuk satu-satu sehingga bab 18. Bagi yang sudah ada akaun eBay dengan PayPal sebelum ini boleh terus refer bab 5. 

Jangan jual makanan dahulu untuk akaun baru. Banyak lagi benda yang boleh dijual. Just aplikasikan seperti dalam bab spy produk laku di eBay.

Ada beberapa lagi rules eBay yang ikut pengalaman kami dan juga pengguna Panduan Export Mudah V1 dalam bab 3. Baca dulu bagi elakkan akaun kena suspend permanent.

Pertanyaan dan juga kelas zoom

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila klik pautan Helpdesk dan tanyakan soalan anda di situ. Biasanya, pertanyaan anda akan dijawab dalam waktu bekerja iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

Untuk maklumat tentang kelas Zoom, anda boleh rujuk jadual seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Kurier untuk pos barang ke luar negara

Biasanya ini antara masalah yang orang nak tahu. Jangan risau dalam bab kurier kami ada terangkan. 

Kami Tim Export Mudah gunakan kurier DHL Express untuk penghantaran barang ke luar negara. 

Bagi yang tiada akaun DHL jangan risau. Boleh guna servis BerkatPos.com. Ianya perkhidmatan dari Tim Export Mudah untuk hantar barang ke luar negara menggunakan DHL Express ataupun UPS.

Jika ada sales hanya perlu hantar ke opis kami dan dalam masa sehari bekerja kami akan hantar ke luar negara. Kerja anda mudah. 

Selain dari eBook ini korang boleh baca juga di website RentasSempadan.com . Disitu akan ada artikel terbaru mengenai eBay dan ecommerce.

Di berkatpos.com/blog pun kami ada buat artikel.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

(8 am – 5 pm | Isnin – Jumaat sahaja)