Syarat-syarat dan keperluan untuk membuka akaun eBay & Payoneer
1. Laptop atau desktop atau tablet
Anda digalakkan gunakan laptop ataupun desktop ataupun tablet untuk menjual di eBay. Ada juga eBay apps tapi lebih sesuai anda gunakan laptop ataupun desktop. Ada banyak feature yang ada di laptop/desktop tetapi tiada di apps telefon.
2. Email, Nombor telefon, kad debit/kredit yang belum digunakan untuk mendaftar akaun eBay dan Payoneer
3. Browser internet seperti mozilla, chrome dan safari.
4. Talian internet seperti Celcom, Maxis, Digi ataupun Unifi/Streamyx
5. Jangan tukar device untuk akaun baru
Maksud jangan tukar device ialah jika anda guna laptop A nak buat akaun eBay. Hanya guna device A sahaja.
Jangan buka akaun baru di laptop, kemudian sambung di desktop pula.
Buka di satu device sahaja sampai akaun anda verify sebagai penjual.
Terutamanya akaun baru kerana biasanya akaun baru sangat sensitif.




