Buka akaun eBay
Masuk website eBay.com.my lepas tu klik register. Ingat eBay.com dengan eBay.com.my berbeza
Ini adalah paparan desktop ataupun laptop ataupun tablet menggunakan browser
Dalam Panduan Export Mudah tutorial adalah berdasarkan browser. Bukannya menggunakan apps.
Pilih personal sahaja. Isikan nama, email dan password kemudian klik Create personal account
Isikan First Name , Last name, email & password. Kemudian klik create personal account.
Ada button continue with Google , Facebook & Apple. Jangan klik sini.
Untuk First name dan Last name buat seperti dalam kad pengenalan atau passport anda. Jangan guna nama samaran.
Nama yang sama dalam kad pengenalan. Refer bawah ni untuk cara pengisian nama.
Bin, Binti kalau nak letak boleh. Tak letak pun boleh.
Bagi nama yang ada special character seperti
@ – ~ ‘
ataupun sebagainya, jangan letak. Ini kerana sistem Payoneer tak boleh letak simbol ni.
Untuk makluman maklumat di eBay & Payoneer mesti exactly sama.
Boleh refer gambar bawah untuk pengisian nama yang ada simbol ni
Klik akaun setting disini.
1)Klik anak panah ni
2)kemudian klik akaun setting
Klik Personal Information.
Kalau eBay minta masukkan password, masukkan seperti password yang anda create tadi. Perkara biasa bila eBay suruh masukkan password beberapa kali dalam step yang seterusnya.
Masukkan butiran yang eBay minta. Postcode, city, negeri, alamat dan juga nombor telefon. Masukkan nombor telefon yang betul kerana eBay akan hantar kod ke nombor telefon.
PERINGATAN!! Alamat ni mesti sama dengan bank statement ataupun bill api ataupun bill air ataupun apa-apa dokumen dari kerajaan seperti PTPTN, tabung haji, ASB, cukai pintu ataupun tanah.
Ini kerana eBay akan minta anda submit salah satu dokumen ini kemudian sebagai pengesahan. Pastikan nama dan alamat anda sama dalam dokumen.
Tidak kisah jika anda tidak duduk lagi di alamat bank statement (atau dokumen lain), buat sahaja alamat bank statement.
Pihak eBay dan Payoneer tak datang or tak hantar surat pun. Ini untuk pengesahan dokumen sahaja.
Dokumen lain selain bank statement yang kami pernah hantar dan approve boleh refer kat bawah ni.
Kami pernah hantar dokumen bill telefon, bill internet & bill astro. REJECT. So jangan guna dokumen ni.
Jangan tick phone number is a landline ye. Masukkan nombor hp anda.
1 – Klik verify email. eBay akan hantar kod ke email anda dan perlu masukkan kod kesini
2 – Klik Verify phone number. Kod akan dihantar ke nombor telefon dan perlu masukkan juga kesini










