Cara untuk daftar dan linkkan akaun Payoneer dengan eBay

Tutorial ini mengenai penjual eBay yang dah ada akaun eBay dan PayPal sebelum ini. Cara untuk daftar Payoneer dan linkkan seperti dibawah.

Bermula Jun 2021 eBay memperkenalkan eBay managed payments dimana jika pembeli membayar barang ianya akan masuk ke akaun eBay korang. Dan untuk keluarkan duit dari akaun eBay korang perlu akaun Payoneer. 

Berbeza dengan sebelum ini dimana eBay tempat menjual dan untuk menerima pembayaran korang perlu akaun PayPal.

Dengan eBay managed payments pembeli ada banyak pilihan untuk bayar barang yang dibeli di eBay. Google Pay, Apple Pay, PayPal dan Kad kredit boleh digunakan dengan system baru iaitu eBay managed payment.

Untuk mendaftar klik register now seperti gambar dibawah. Mesej ini dihantar di eBay mesej.

Paparan seterusnya akan keluar seperti dibawah. Jika tidak keluar seperti paparan dibawah korang boleh klik link sini

https://ebay.com.my/sh/fin/dlp

Klik Get started

Akaun eBay ini akaun personal ataupun individu. Jadi pilihan adalah

Yes, keep this as an individual account. Kemudian klik continue

Masukkan butiran yang Payoneer minta. Pastikan ianya betul semua. Nama seperti dalam kad pengenalan. Alamat yang betul.

Payoneer akan minta dokumen pengesahan seperti salinan kad pengenalan ataupun lesen kenderaan ataupun salinan passport.

Untuk bukti alamat Payoneer akan minta dokumen seperti bill utiliti (bil. api ataupun air ataupun SAJ) ataupun salinan penyata bank 3 bulan terkini ataupun apa² surat daripada kerajaan seperti PTPTN, cukai pintu atau tanah.

Butiran yang perlu anda isi di Payoneer seperti dibawah

Nombor telefon mestilah betul. Payoneer akan hantar kod ke nombor telefon dan perlu masukkan kod itu masa register Payoneer. Sama macam buat internet banking akan dapat TAC.

Masukkan password, security question dan juga nombor kad pengenalan. Klik next

Masukkan detail akaun bank. Klik agree dan kemudian klik submit.

Selepas ini akan redirect ke pages eBay. Sebelum itu masuk ke email dan klik verify email. IANYA WAJIB untuk klik verify my email.

Paparan eBay seterusnya ialah seperti dibawah. Klik continue registration.  Jika ianya tidak muncul anda boleh klik link ini

https://ebay.com.my/sh/fin/dlp

Klik continue

Masukkan butiran kad debit ataupun kad kredit. Klik continue.

Kadang kala eBay suruh sign in balik untuk tujuan keselamatan. Jika keluar just masukkan ebay id dan juga password eBay.

Klik Submit request

Tahniah.  Sudah berjaya.

Walaupun sudah berjaya, ianya belum boleh digunakan lagi. Perlu tunggu email daripada Payoneer untuk submit document. Contoh email yang dapat untuk submit dokumen seperti dibawah

Masuk ke akaun Payoneer. Untuk pertama kali akan ada lagi soalan keselamatan dan step verification. Jawab soalan itu. kemudian pergi ke verification center seperti dibawah

Submit dokumen yang Payoneer minta. Ada kalanya Payoneer hanya minta proof of address. Untuk bukti alamat Payoneer akan minta dokumen seperti bill utiliti (bil. api ataupun air ataupun SAJ) ataupun salinan penyata bank 3 bulan terkini ataupun apa² surat daripada kerajaan seperti PTPTN, cukai pintu atau tanah.

Kadang² payoneer minta bukti alamat dan juga salinan kad pengenalan / lesen / passport. Submit sahaja apa yang Payoneer minta. Selepas submit dan Payoneer dah verify akan dapat email dan bila masuk akaun Payoneer di bahagian verification center akan keluar seperti dibawah.

Selepas verify alamat dan juga kad pengenalan/lesen/passport akan ada soalan kaji selidik dari Payoneer. Jawab soalan yang Payoneer tanya seperti dibawah

1. Select category. Jawab Goods – supply and logistic

2. Pilih kategori produk yang jual di eBay

3. masukkan user id eBay. Kalau user id eBay ahtak123 masukkan ni
https://www.ebay.com/usr/ahtak123

ini contoh sahaja. tukar yang hujung sekali kepada eBay id yang digunakan

4. cakap jual barang di eBay

5. jawab pembeli dari eBay beli barang di eBay. Ataupun jawapan yang berkenaan.

Tunggu email daripada pihak eBay. Selagi akaun Payoneer tidak verify selagi itu tak dapat email dari eBay. Email yang eBay hantar seperti dibawah. Tahniah! Sudah selesai. Dah boleh terima sales macam biasa.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik