Kos penghantaran barang ke luar negara
Pos Malaysia
Size XS Flexipack International
Contoh tracking number Pos Malaysia
Mana nak beli Flexipack International Pos Malaysia ni?
Boleh beli di pejabat pos, website pos malaysia ataupun shopee.
Cara nak guna & hantar boleh refer sini
Step-untuk-hantar-dan-guna-flexipack
Disebabkan tariff trump, Flexipack International dihentikan sementara bermula 25 Ogos 2025.
Lagipun mulai 31 December 2025, Flexipack International tidak lagi boleh digunakan.
Singapore Post
Sesuai untuk yang sudah ada sales eBay walaupun satu unit sahaj a baru laku.
Sekiranya sudah ada sales di eBay baru sesuai daftar. Boleh hubungi talian ini untuk pertanyaan dan daftar akaun dengan Singpost Tel: 03-5569 6901 Fax: 03-5569 6910
Rate penghantaran ini mungkin berbeza sedikit jika anda apply buka akaun Singpost.
Cara Singpost beroperasi ialah kurier GDex akan collect barang dari kawasan rumah/opis anda. Selepas itu transit ke Shah Alam, Selangor. Selepas itu akan transit ke Singapore sebelum dihantar ke destinasi luar negara.
Selepas daftar akaun dengan Singapore Post, anda akan diberi tutorial ataupun tunjuk ajar dari pihak SingaPore Post (Quantium Solution).
Rate diatas sudah termasuk kos GDex collect dari rumah/opis anda.
Beza harga Pos Malaysia & Singapore Post
Jika nak stay lama dalam industri ini dan nak guna kurier ekonomi perlu ada akaun Singpost. Boleh dikatakan hampir semua penjual eBay dari Malaysia yang offer kurier ekonomi guna kurier Singpost.
Unutk permulaan boleh guna Pos Malaysia. Selepas tu korang boleh lihat perbezaan harga ni. Jika seller Malaysia jual harga $20 USD kebawah dan korang fikir ada untung ke?
Ni lah jawapannya. Mereka guna kurier Singapore Post or nama glamour Singpost.
DHL Express & FedEx
Jika sebelum daftar Singpost kalau ada satu sales je sesuai daftar. Untuk FedEx dan DHL pastikan seminggu ada 5 sales dahulu baru sesuai daftar.
Anda boleh google or tanya chatgpt nombor telefon customer service DHL/FedEx/UPS.
Kemudian telefon mereka untuk daftar akaun.
BerkatPos.com
Boleh lawati website untuk ke USA https://berkatpos.com/product/penghantaran-ke-usa/.
Untuk ke negara lain boleh lawati berkatpos.com.
Ianya standard industri dimana semua kurier express gunakan harga minyak semasa untuk kenakan caj penghantaran. Namun ianya tidak berbeza sangat.
Rate penghantaran pada Julai 2025 ke USA.
0.5 kg = RM 151.90
1.0 kg = RM 177.25
1.5 kg = RM 203.83
Harga ataupun kos penghantaran berubah setiap bulan.
Dalam bab kira untung akan ada excel cara kira untung guna BerkatPos ataupun kurier selain BerkatPos. Boleh download excel ni. Sebelum tu baca dulu bab selepas ni.




