Cara nak hantar barang ke luar negara melalui BerkatPos
Nak buat eBay 100% online tanpa kacau kerja hakiki tiada masalah. Hanya jika anda guna kurier BerkatPos.com
1) Konsepnya macam ni. Ada order di eBay, anda beli di Shopee or Tiktok Shop kemudian masa checkout letak alamat BerkatPos. Bukan alamat anda ye.
Jika barang tu ada ditangan anda bleh poskan juga ke alamat BerkatPos.
Eksport Mudah Network (Nama anda)
No 5 Tingkat Atas Jalan Putra 1/5
Bandar IOI
85000
Segamat, Johor
+601133078384
Jika tinggal berhampiran opis BerkatPos dan nak walkin tiada masalah. Cuma kena whatsapp dahulu sebelum datang ye.
2) Whatsapp tracking number yang anda dapat masa beli di Shopee or Tiktok shop ke BerkatPos. Jika barang tu sampai ke BerkatPos pihak kami tahu yang mana satu barang anda.
3) BerkatPos akan timbang dan check barang. Ini bagi memastikan seller Shopee or seller Tiktok hantarkan barang yang betul.
4) Anda boleh buat payment dan isikan sekali detail buyer eBay anda.
5) Dalam masa kurang 12 jam waktu bekerja akan dapat tracking number dari BerkatPos.
Tracking number ini anda perlu upload ke eBay untuk pihak eBay dan pembeli anda track barang.
Perhatian
Untuk ke Canda dan Australia biasanya kami akan semak dahulu samada alamat itu dikenakan remote area (kawasan pendalaman) caj ataupun tidak.
Remote area ialah kawasan pendalaman. Biasanya caj RM122 extra akan dikenakan.
Kurier akan caj berdasarkan berat dimensi ataupun berat sebenar. Sebab itu kami akan lihat dan semak samada ianya berat sebenar ataupun berat dimensi. Boleh baca ikut link di bawah
Tracking number dari DHL akan diberikan selepas pembayaran diterima. Anda boleh semak di akaun berkatpos.com tracking number.
Berapa lama BerkatPos.com proses order?
Biasanya dalam masa sehari bekerja. Jika barang sampai awal pagi dan kurier DHL masih belum pickup di opis kami, kebiasaannya hari itu juga kami hantar.
Untuk detail penerima eBay anda boleh semak di sellerhub iaitu ebay.com/sh/ovw ataupun rujuk bab pengurusan order.
Antara sebahagian yang dah gunakan servis dari BerkatPos ke USA dan Singapore.




