Senarai kurier untuk hantar barang ke luar negara
Sebelum cari niche ataupun barang laku di eBay tanya diri anda. Nak jual barang yang harga jualan rendah ataupun nak jual barang dengan harga tinggi.
Sudah tentu jual barang harga rendah untung pun rendah. Kos pun tak tinggi. Semuanya bergantung kepada bajet anda.
Jika anda cari barang yang terjual di eBay selepas ini dan jumpa penjual Malaysia jual barang dengan harga rendah. Mereka gunakan normal postage. Biasanya sampai dalam masa 2 minggu hingga 4 minggu. Kurier yang biasa digunakan adalah Singapore Post ataupun Flexipack Pos Malaysia.
Jika penjual eBay tu guna express shipping biasanya mereka gunakan DHL Express, Fedex dan Flickpost. Tempoh masa sampai biasanya 3 hingga 7 hari bekerja.
Macam mana nak tahu penjual tu guna normal postage? Senang sahaja. Di bahagian shipping samada Standard International Shipping ataupun Economy International Shipping. Lihat contoh di bawah
Macam mana nak tahu penjual tu guna Express Shipping? Senang sahaja. Di bahagian shipping ianya Expedited Shipping
SINGAPORE POST untuk normal postage
Contoh rate Singpost adalah seperti di bawah. Anda mungkin akan dapat lebih rendah ataupun lebih tinggi rate daripada ini.
Seperti yang diberitahu sebelum ini ianya bergantung kepadaberapa banyak shipemnt bulanan anda. Pihak Singapore Post akan tanya semasa anda buka akaun nanti.
Pihak Singapore Post akan kenakan sedikit caj tambahan. Ni perkara biasa di waktu covid19 dimana semua kos bertambah. Boleh hubungi pihak Quantium Solution untuk tanya lebih lanjut.
Katakan anda ingin hantar barang dengan berat 100 gram ke USA. Setiap barang pihak Singpost akan kenakan RM23 dan untuk 100 gram akan dikenakan caj RM28.50. Jadi total kos ialah RM51.50. Boleh refer jadual dibawah
Flexipack International Pos Malaysia
Pada 22 September 2021, Pos Malaysia aktifkan semula perkhidmatan ini. Sebelum ini pada 3 Ogos 2020 pihak Pos Malaysia hentikan khidmat ini.
Kos di atas belum termasuk tracking number RM13.50. Buat masa ini ada bayaran tambahan 50% dikenakan. Ianya perkara biasa di zaman covid19. Namanya surcharge.
Katakan kos penghantaran untuk 1 kg ke USA ialah RM88 (tidak termasuk tracking number) anda perlu bayar RM88 + 50% dari RM88. Jumlah RM88 + RM44 = RM 132.
Contoh lain katakan anda ingin hantar barang 100 gram ke USA. Caj yang dikenakan ialah RM18 + 50%. Jumlah RM18 + RM9 = RM27. Ingat ye ianya masih belum termasuk tracking number lagi. Kosnya seperti gambar dibawah.
Untuk bacaan tambahan boleh baca di rentassempadan.com
DHL Express untuk Express Shipping
Macam biasa apabila daftar mereka akan bagi latihan melalui telefon untuk gunakan portal DHL Express.
Kalau shipment dah banyak setiap bulan akan dapat printer free dari DHL. Kertas dan ink pun mereka berikan secara percuma. Banyak disini bermaksud bill setiap minggu 5 angka dan konsisten.
Contoh bill DHL yang Tim Export Mudah kena bayar setiap minggu seperti dibawah.
DHL kenakan Fuel Surcharge dimana ianya ikut harga minyak semasa. Setiap minggu ianya berubah. Biasnya kami ambil kira 20% fuel surcharge.
Katakan nak hantar ke USA dengan berat 400 gram, kos penghantaran ialah di Zone E iaitu RM95. Tambah fuel surcharge 20% x RM95 = RM19. Total yang dikenakan ialah RM 114.
Akan ada satu lagi caj tambahan iaitu covid19 caj ataupun nama lain emergency caj. Ianya perlu ditambah sedikit. Kalau ke USA biasa akan dikenakan RM0.50 untuk setiap 500 gram.
FeDex untuk Express Shipping
Flickpost untuk Express Shipping
Kami tidak gunakan servis ini tetapi salah sorang pembeli Panduan Export Mudah V1 kongsikan pengalaman mereka disini. Terima kasih kepada Carl Zack.
Web2Ship untuk Express Shipping
Kami tidak gunakan servis ini tetapi salah sorang pembeli Panduan Export Mudah V1 kongsikan pengalaman mereka disini. Terima kasih kepada Shahrul Ramadhan.
Tak yakin nak daftar akaun kurier
Ramai yang rasa tak konfident dan malas nak daftar akaun kurier. Ada seribu satu sebab. Biasanya ikut pengalaman sebab merekea tiada SSM.
Lagi satu jika sudah daftar dan tidak gunakan akaun kurier anda boleh di berhentikan kerana tiada penghantaran. Ada beberapa orang pengguna Export Mudah V1 yang kena terminate akaun kurier mereka sebab tiada barang hantar beberapa bulan.
Pilihan yang mudah bagi orang baru ialah guna flexipack international, web2ship dan juga flickpost.
Anda boleh gunakan khidmat BerkatPos.com pun boleh juga Ianya servis dari Tim Export Mudah. Dalam bab seterusnya akan diterangkan tentang rate dan cara untuk anda gunakan.