Cara kira untung eBay

Agak sukar juga nak kira untung eBay bagi mereka yang tiada asas matematik yang kuat. Sebenarnya tidak berapa susah.

Harga julan tolak yuran eBay tolak kos barang tolak kos beli barang. Mudah sahaja. Hehe. Selalu orang tanya macam mana nak letakkan harga jualan?

Biasa kami tengok harga orang lain dan cari barang yang sama ataupun seakan sama dan jual balik. Ataupun jual dengan harga yang sama tetapi letak kos shipping yang tinggi sedikit.

Ada juga kalau tengok penjual lain jual barang murah tetapi kami tidak boleh ikut. Mudah sahaja. Cari barang lain. Lebih baik barang tidak laku dari barang laku dan margin keuntungan sangat sedikit. Contoh ni adalah transaksi di eBay dan yuran yang dikenakan. Jangan pening kepala pula ye.

Penting ye tahu ilmu matematik untung rugi. Ramai yang jual dan sangka untung tetapi sebenarnya rugi. Banyak dah kes di eBay. Jangan kata di eBay, di Shopee Lazada pun sama juga. Mula-mula teruja barang banyak laku walhal rugi. Hujung bulan lepas bayar bill negative. Hati-hati ye.

Jom kita tusyen matematik sekejap. hehe. Jangan risau. Senang je.

Cara kira manual

1) Harga jualan ialah $100 USd. $106 USD ialah termasuk tax yang dikenakan terhadap pembeli. Tax ini berbeza ye bergantung kepada negeri di USA pembeli ini. Jangan risau eBay automatik caj pembeli.

2) Kebanyakkan kategori dikenakn caj 12.55% dari harga jualan termasuk tax.

3) $106 X 12.55% = $13.30

4) $0.30 USD caj dikenakan bagi setiap transaksi barang yang terjual di eBay.

5) Total yuran eBay ialah $13.30 + $0.30 = $13.60 USD. Yuran eBay ni kena SST ye. Tahniah sumbangan anda kepada negara. $13.60 X 6% = $0.82 USD.

6) Jumalah eBay fee termasuk SST ialah $14.42 USD.

7) Nilai yang dapat selepas tolak yuran eBay ialah $100 – $14.41 = $85.58 USD

8) Kalau buat eBay ads ataupun eBay promoted listing pun perlu tolak juga ye. Bergantung kepada berapa percentage yang anda kenakan. Dalam contoh ni $2.10 USD dikenakan.

9) Macam biasa ye kena SST juga ads fee ini. Jadi $.10 x 6% = $0.13 USD

10) Total ads fee beserta GST ialah $2.23 USD.

Jadi nilai yang dapat dari (7) – (10) iaiti $85.58 – $2.23 = $83.35 USD

$83.35 USD ditukarkan ke MYR. Katakan rate 4.11 maka jadi RM 342.57. Nilai ini tolak kos beli barang dan kos postage ke luar negara beserta kos berkaitan yang lain. Seperti kos pembungkusan, elektrik, air dan sebaginya.

Dah berasap ke kepala? cool

Cara kira untung guna Excel

Ok kat bawah ni disertakan excel untuk anda kira untung. Boleh download. Hanya perlu masukkan nilai sahaja. Formula yang sama gunakan seperti contoh diatas.

Korang boleh tengok video tutorial ni untuk cara gunakan excel untuk hantar barang sendiri.

Kalau taknak tengok video boleh baca penerangan macam di bawah.

1) Berapa kuantiti barang yang dijual. Dalam contoh ni hanya satu unit acuan buat kuih yang dijual. Kalau anda jumpa contoh lain yang penjual jual 5 unit, masukkan 5 disini.

2) Berat barang dalam kg. Barang ni ringan sahaja. Kurier caj berat minimum 100 gram jadi letakkan 0.1 (kg) disini. Unit yang digunakan adalah kg. Berat ini untuk satu unit barang ye.

3) Kos shipping yang perlu anda bayar kepada kurier yang digunakan. Katakan normal postage dengan kos RM30. Masukkan nilai 30 disini.

4) Harga terjual di eBay. Penjual ini jual dengan harga $11.90 USD

5) Kos shipping yang caj kepada pembeli. Contoh ini sebanyak $5.99 USd dikenakan. Kalau seller yang korang spy tu letak free shipping, masukkan 0 (kosong) disini. 

6) Harga modal beli barang ni. Katakan RM10 termasuk shipping ke alamat anda. Masukkan 10 disini.

7) Promote listing. Berapa eBay ads yang anda buat. Katakan 5%. masukkan 5 sahaja disini.

8) Kadar tukaran matwang USD ke MYR. Boleh refer rentassempadan 

https://rentassempadan.com/kadar-payoneer

9) Untung yang dapat. Dalam contoh ni dapat untung RM20.14. Ok lah kan.

Cara kira untung guna excel BerkatPos

Buat masa ini BerkatPos hanya hantar barang ke USA, UK, Canada, Australia dan Singapore sahaja. Seller eBay yang jual di USA boleh guna excel yang disertakan ni.

Korang boleh tengok video tutorial ni untuk cara gunakan excel untuk hantar barang gunakan berkatpos.

Kalau taknak tengok video boleh baca penerangan macam di bawah.

1) Letakkan satu. memandangkan kuantiti yang dijual satu. Kalau penjual jual 3 unit, masukkan 3 ye disini.

2) Berat satu unit barang. Dalam contoh ni berat 2 kilogram. Jadi masukkan 2 disini.

Total weight. Yang ni tak perlu isikan sebab ianya kami dah set kan auto. Kalau 3 unit dengan berat satu unit 2 kilogram ianya akan autoatik keluar 6 kg. Biarkan sahaja ruangan ini.

3) Total shipping. Biarkan juga ruangan ini. Tak perlu isi apa-apa disini. Yang ni caj yang anda kena bayar kepada BerkatPos.

4) eBay price. Yang ni berapa harga jualan seller eBay tu jual. Dalam contoh ni $159.90 USD.

5) Berapa shipping caj yang pembeli anda perlu bayar. Kalau buat free shipping letakkan 0. Dalam contoh ni ada kos shipping $35, Maka letakkan 35.

6) Harga modal beli barang ini. Dalam contoh ni harga RM205 termasuk penghantaran dari Shopee. Kalau anda nak tengok harga shopee boleh klik sini https://shp.ee/9zvtr6i

7) Total harga modal ni pun biarkan kosong sahaja. Ianya akan automatik. Sebagai contoh jika harga satu unit barang RM50 dan anda jual 2 unit maka ianya akan jadi automatik RM100 disini.

8) Berapa eBay ads yang anda setkan. Jika 5% maka letakkan 5 disini.

9) Currency usd to myr. Boleh semak https://rentassempadan.com/kadar-payoneer/ untuk lihat kadar tukaran Payoneer terkini.

10) Untung penjual ni RM304.17. Kayo penjual ni. Satu unit jual dah untung macam ni.

  1. Masukkan fuel surcharges
  2. Masukkan Emergency Charges
  3. paparan harga penghantaran akan keluar

Fuel surcharges ini berubah pada setiap bulan. Ini bermakna kadar penghantaran BerkatPos akan berubah setiap bulan samada akan naik ataupun akan turun. Anda boleh rujuk pautan dibawah mengetahui kadar ini setiap bulan. 

NOTA : Rate DHL ini berubah mengikut kadar fuel surcharge semasa yang dikenakan DHL. Biasanya berubah setiap minggu. Walaubagaimanapun ianya tidak jauh beza. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik