Strategi seller baru di eBay

Berdasarkan pengalaman kami lihat seller baru di eBay ada macam-macam strategi yang diperhatikan.
Kalau sesuai dengan keadaan anda boleh follow cara ini. Kalau tak sesuai just jadikan idea ataupun ilmu baru.

1. Jual just untuk dapatkan sales ataupun transaksi

Golongan ni tak kisah untuk sales yang pertama. Janji ada jualan. Tujuannya ialah untuk dapatkan transaksi dan mudah untuk naikkan selling limit.
Untuk makluman jika akaun anda tiada sales, kali kedua untuk minta naikkan selling limit biasanya eBay tidak bagi. Kena ada sales dahulu. Sebab itu golongan ini tidak kisah jual murah sedikit.

2. Jual harga murah sedikit tapi letakkan kos shipping

Ada beberapa seller yang buat macam ni. Jual harga lebih rendah dari orang lain tetapi letak kos shipping. Harga jual dicampur dengan harga shipping tinggi dari harga jual seller lain yang buat free shipping.
Jika dilihat diatas (1) menunjukkan yang barang dari seller Malaysia (2) ini jual ke USA. (3) (4) (5) ialah kos shipping yang dikenakan.
Ini cara yang biasa kalau tak boleh lawan harga dengan seller lain. Kalau seller lain terjual 10 unit untuk satu barang sebulan, anda dapat jual 2 pon dah kira ok. Biar untung dari banyak laku tetapi rugi ataupun untung tak berbaloi.

3. Follow strategi bab selepas ini

Ini cara yang biasa kalau tak boleh lawan harga dengan seller lain. Kalau seller lain terjual 10 unit untuk satu barang sebulan, anda dapat jual 2 pon dah kira ok. Biar untung dari banyak laku tetapi rugi ataupun untung tak berbaloi.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik