Strategi dapatkan sales eBay dengan cepat

Siapa taknak kan dapatkan sales dengan cepat. Ada orang yang rezekinya cepat. Ada beberapa orang yang beli dapatkan panduan ini saya menjual produk pada masa yang tepat. 

Ada jugak yang lambat sikit dan terus berusaha dan akhirnya dapat sales yang konsiten. Antara faktor yang mempengaruhi ialah

Gunakan ruangan title yang penuh

eBay beri 80 karakter ataupun huruf untuk anda letakkan. Gunakan semaksimum mungkin ruangan ini. 

Tak perlu guna tanda ataupun simbol sebagai contoh koma (,) dan (&) tanda seru (!) kerana bakal pembeli tak search pon benda ni. Jika boleh elakkan anda elakkan. 

Cuba fikir apa yang bakal pembeli mungkin taip untuk cari barang. Disitu anda mungkin dapat idea. Boleh ambil sedikit idea dengan title seller lain yang sudah terjual banyak barang tetapi jangan tiru bulat-bulat ye. Sebab title tu kalau orang lain search barang tu dah kat atas. Ubah sedikit. 

Boleh google contoh barang yang anda nak jual. Tengok apa suggestion ayat dari google. Ini boleh sedikit sebanyak membantu barang yang anda jual muncul di carian google. Boleh lihat contoh dibawah. 

Gambar yang real

Yang ni agak subjektif tetapi ikut pengalaman kami gambar yang real akan ada lebih ramai pembeli daripada gambar yang background putih. 

Contoh gambar white background sebelah kiri manakala gambar real sebelah kanan.

Walaupun produk yang sama tetapi bakal pembeli lebih suka gambar yang real. Tunjukkan gambar di semua arah. Kalau barang tu ada expiry date tunjukkan sekali. Pembeli suka kerana mereka tak perlu tanya lagi dan boleh terus buat pembelian. 

Ianya subjektif tetapi ikut pengalaman kami gambar real yang macam ni yang selalu terjual lebih. 

Description kena tepat dan padat

Tulis kegunaan apa barang yang dijual. Ada benda yang perkataan yang pembeli cari tiada dalam tajuk tetapi ada di decsription, maka pembeli akan jumpa juga produk anda jual samada di eBay taupun di google.

Terpulang nak tulis dalam description yang barang anda jual ini berapa hari sampai, cara pembayaran kerana semuanya memang dah sedia ada di eBay. Nak tulis boleh taknak tulis pun tak kisah. 

Handling time

Lagi cepat lagi bagus anda proses barang yang terjual. Kalau boleh setkan maksimum handling time 3 hari. 

3 hari ni maksudnya 3 hari bekerja waktu Malaysia. Tak termasuk weekend dan juga public holiday. 

Lagi bagus jika anda guna express shipping seperti DHL Express or Fedex. Jika tiada akaun boleh guna khidmat BerkatPos.com. Kami guna DHL Express untuk hantar barang. 

Ramai yang guna berkatpos.com apabila ada order eBay terus order di Shopee or Lazada dan hantar ke pejabat kami di Pasir Gudang, Johor. 

Accept return

Ni pon faktor jugak. Kalau nak lagi hebat letak free return tetapi kami tak buat kerana jika pembeli itu berubah fikiran masa beli dan satu hal kena tanggung kos return. 

Barang tak kena remove or masuk “penjara”

Kadang-kadang barang yang kita jual sekarang tiada masalah tetapi selepas 2 3 tahun barang ni eBay cakap tak boleh jual. Ini perkara biasa. Biasanya kesalahan pertama eBay akan remove sahaja barang ni. 

Jika kesalahan berulang walaupun barang lain eBay akan masukkan akaun anda ke “penjara”. Jika masuk penjara orang lain search barang eBay dan barang anda tak muncul di carian eBay. 

Jika masa tengah search or spy seller lain jual apa tetapi tidak muncul di carian berkemungkinan besar akaun tu tengah masuk penjara. 

Walau bagaimanapun ada jugak sedikit sales yang mana bakal pembeli sudah masuk ke cart tetapi tidak membuat pembayaran lagi. Dan disebabkan akaun anda masuk penjara maka sebab itu ada sales.

Promoted Listing or eBay ads

Boleh dikatakan 90% listing kami buat promoted listing. Akaun baru biasanya tiada promoted listing. Selepas beberapa jualan baru ada features ini. 

Jika ada promoted listing maka listing ebay anda berpeluang berada di atas carian. Maka peluang untung dapat jualan sangat tinggi. Ini hanya salah satu faktor ye. 

Biasanya kami buat ikut eBay suggested ad rate. Kalau eBay punya suggestion tinggi sangat kami letak dalam 5% ataupun percentage yang masih ada keuntungan. 

Akaun perlu aktif

Apa yang kami perasan, jika akaun itu aktif akan ada sales. Jika akaun tak aktif tiada sales. 

Aktif disini maksudnya buka akaun itu, buat research barang lain ataupun buat listing. Jika akaun lama tidak aktif biasanya tiada sales. 

Kalau tiada idea nak buat apa-apa listing kay akaun tu, just buat research sahaja. Pastikan akaun itu aktif. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik