Cara nak mantain supaya sales dan akaun eBay tahan lama

Ramai yang berjaya buat jualan di eBay. Bulan pertama sales ok, bulan kedua bertambah ok dan bulan ketiga bertambah-tambah ok.
Bulan keempat akaun terus kena permanent suspend. Tak pun selepas setahun akaun kena suspend.
Ni perkara biasa. Ada banyak faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antara faktornya ialah

1) Upload tracking number ikut handling time

Kalau dalam deskripsi eBay pilih 2 hari bekerja, kena masukkan tracking number dalam masa 2 hari bekerja. Dan pastikan tracking number tu boleh berfungsi ye.

Kalau guna Singapore Post, DHL Express or Fedex, selepas generate airwaybill (tracking number) ianya boleh berfungsi.

Kalau beli barang kat Shopee dahulu sebelum hantar ke buyer, lebih baik buat handling time 3 working days. 

Kalau tak yakin sampai dalam 3 hari boleh buat 5 working days handling time. eBay hanya kira waktu bekerja ye. Kalau Sabtu Ahad dan public holiday tak dikira.

eBay dah bagi anggaran masa buyer akan dapat barang. Jadi pastikan hantar barang seperti yang dijanjikan dalam deskripsi eBay.

2. Hati-hati pilihan cancel order

Ramai yang salah pilih sebab cancel order. Perkara ni dah disebut banyak kali tetapi ada juga yang masih salah pilih sebab.
Jangan sesekali pilih out-of-stock. Pilih buyer asked to cancel ataupun issue with buyer's shipping address
Walaupun pilih selain out of stock or damaged tetapi anda mesej buyer yang barang tu tiada stok, eBay boleh detect.
Semakin banyak akaun anda ada kes out of stock semakin hampir akaun anda jadi below standard. eBay fee lebih tinggi jika akaun anda jadi below standard sebagai penalti yang eBay kenakan.

eBay ada sistem yang mana walaupun anda cancel order sebab “issue with buyer's address” tetapi selepas cancel order anda mesej buyer menyatakan yang tiada stok. Ianya juga eBay ambil kira. Kami pernah kena. 

Jadi pastikan yang ada stok dulu barang yang dijual. 

3) Gambar produk dan deskripsi mesti sama

Jika ada gambar baru, update listing eBay anda. Kadang-kadang buyer beli dan dapat barang yang lain. Walhal barang yang sama cuma packaging baru.
Tak pasal-pasal dapat negative feedback ataupun return cased. Biasanya kalau hantar dengan packaging baru, maklumkan kepada buyer.
Katakan jenama A dah takde stok, barang yang sama jenama B ada stok. Beritahu buyer dahulu ye. Kalau buyer tak setuju baru cancel order. Jangan lupa ye nak cancel orde pilih macam yang diterangkan diatas cool

4. Open cased mesti diselesaikan

Ni memang pantang larang eBay. Ramai yang buyer open cased tetapi buat tak tahu je. Lepas eBay refund buyer dan tak dapat negative feedback, lepas tu dah suka sebab ingat takde apa-apa.
Biasanya jika ada 3 kes yang buyer contact eBay supaya eBay jadi orang tengah untuk selesaikan masalah. Kemudian eBay dapati memang salah seller sebab tak respond.
Memang akaun eBay akan ada masalah. Ianya boleh jadi below standard. pastikan jangan sampai buyer contact eBay.

5) Guna kurier Express

Tim Export Mudah guna kurier Express sahaja. Normal shipping kami dah tidak pakai lagi. Anda tak boleh kawal waktu penghantaran jika guna normal shipping.
Ikut pengalaman kami banyak yang 2 hingga 4 minggu dah sampai. Tapi ada juga beberapa kes yang mana lebih 6 minggu baru sampai.
Sudah berpuluh ribu shipment yang kami guna kurier Express. Boleh dikatakan 99.99% sampai. Jika tak sampai pun disebabkan masalah kastam, lambat sampai sebab cuaca buruk.
Ada juga barang yang hilang tetapi tidak sampai 10 dari berpuluh ribu shipment yang kami hantar. Dan of course mereka ganti berdasarkan value yang kami declare masa generate airwaybill.
Gambar atas ni barang return dari salah satu kurier normal shipping. Bayangkan barang dah lebih satu setengah tahun baru diorang hantar balik return kat pejabat kami!
Tapi semuanya bergantung kepada strategi masing-masaing. Ada je kami perasan yang pakai normal shipping tetapi akaun tahan bertahun-tahun.

6) Selalu check kompetitor punya harga

Ni perkara biasa di eBayataupun mana-mana marketplace yang lain. Katakan hari ni jual $100 USD laku keras. Nanti ada lah seller lain yang jual $98 USD. 

Kalau masih ada untung anda boleh follow seller lain. Taupun buat kelainan dengan jual harga yang sama tetapi bagi free gift ke. 

Kalau dah sampai tahap tak boleh follow seller lain lebih baik tak payah turunkan harga. Buat apa jual tetapi untung sangat sedikit dan tidak berbaloi. 

7) Ada 3 or 4 killer produk

Produk ini lah yang bantu sales anda. Hampir setiap hari ada beberapa barang laku daripada produk ini. 

Sebagai contoh waktu awal PKP tahun 2020 yang lepas banyak kolam renang kami terjual di eBay. Jualan kolan renang sahaja melebihi RM100,000 dalam masa sebulan. 

Ini contoh sahaja. Anda boleh buat ini sebagai idea dan cari barang lain. By the way jualan ni dah tak laku sangat. Baik cari baran lain untuk jual. Seller China dah kacau daun laughing.  

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik