Kenapa mesti aktifkan out-of-stock-option

Kalau anda jual produk di eBay dalam bentuk multi-quantity listing (contoh ada 3 unit stok), bila stok habis, biasanya listing akan tamat.

Tapi dengan out-of-stock option, listing tersebut tidak akan tamat. Ia hanya sembunyi daripada carian pembeli bila stok kosong, dan akan muncul semula bila anda tambah stok baru.

Ini bermakna, anda tak perlu buat listing baru setiap kali restock.

Malah, sejarah jualan (sales history) pada listing itu akan kekal, sekali dengan jumlah unit yang pernah terjual dan feedback yang baik daripada pembeli sebelum ini.

Bagaimana Out-of-Stock Option Berfungsi?

1. Listing kekal aktif walaupun stok habis

Bila semua 3 unit terjual, listing akan tetap wujud, cuma stok akan tunjuk 0 dan pembeli tak boleh buat pembelian.

2. Bila tambah stok, listing terus muncul semula

Anda hanya perlu revise kuantiti. Pembeli boleh terus nampak listing tersebut dan buat pembelian seperti biasa.

3. Sejarah jualan kekal terpapar

Ini sangat penting untuk trust factor. Bila potensi pembeli nampak sudah ramai orang beli produk yang sama sebelum ini, ditambah pula dengan feedback yang bagus, keyakinan mereka untuk beli akan lebih tinggi.

Cara Aktifkan Fungsi Out-of-Stock

  1. Klik account settings dan Pergi ke Selling Preferences di akaun eBay anda.

  2. Skrol ke bahagian Multi-Quantity Listings.

  3. Aktifkan pilihan Listings stay active when you’re out of stock.

Selepas aktif, semua listing Good ‘Til Canceled sedia ada dan yang akan datang akan automatik guna fungsi ini.

Kenapa Sangat Penting Aktifkan Fungsi Ini?

Kekalkan kedudukan & SEO listing – Tak hilang trafik bila stok habis.

Tak perlu buat listing baru bila restock.

Maintain sales history – Lebih banyak kuantiti terjual = lebih meyakinkan pembeli baru.

Lebih senang jual – pembeli nampak ada rekod jualan dan feedback yang bagus.

Kesimpulan

Kalau anda serius berniaga di eBay, out-of-stock option memang wajib diaktifkan.

Ia bukan saja memudahkan anda uruskan stok, tapi juga membantu bina kepercayaan pembeli melalui rekod jualan dan feedback yang terkumpul.

Lagi banyak kuantiti terjual, lagi tinggi potensi pembeli baru akan beli tanpa ragu-ragu.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

(8 am – 5 pm | Isnin – Jumaat sahaja)