Cara untuk keluarkan sales eBay ke Payoneer dan bank

Bagi yang sudah berjaya buat jualan di eBay, ianya akan masuk ke bahagian Payments.

Sebelum tu anda boleh setting macam ni. Pergi ke sellerhub eBay.com/sh/ovw

1. Klik payment

2. Klik manage (disebelah Payout schedule)

3. Klik daily

4. Klik save

Refer gambar dibawah

Ianya akan automatik masuk ke akaun Payoneer.

Login masuk ke akaun Payoneer anda.

Untuk keluarkan duit dari Payoneer ke akaun bank kena klik currency USD macam dibawah.

Klik withdraw

Masukkan nilai USD disini. 

Masukkan kod yang Payoneer hantar. Untuk pengeluaran seterusnya tidak mahu Payoneer hantar kod, klik pilihan seperti di bawah.

Biasanya untuk kali pertama sahaja. 

Klik withdraw. Selesai sudah prosesnya. Tunggu 1 hingga 3 hari bekerja untuk fund ini masuk ke akaun bank. Mudah kan!

Mulai 26 Julai 2023, setiap payment from eBay ke Payoneer yang bernilai di bawah $100 USD akan dikenakan caj $1 USD

Seperti gambar dibawah penerimaan hasil jualan eBay $41.46 USD dan caj $1 USD dikenakan.

Ada nilai minimum pengeluaran?

Ye. Ada. Nilai mimimum pengeluaran adalah $50 USD.

Jika tidak cukup $50 USD tidak boleh withdraw. Kena tunggu sehingga nilai mimum $50 USD baru boleh withdraw. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

(8 am – 5 pm | Isnin – Jumaat sahaja)