Cara buat store kategori
Dah subscribe store inilah masanya untuk gunakan kelebihannya. Pertama sekali kena buat store kategori.
Ianya akan memudahkan urusan untuk buat diskaun dan marketing. Kalau tak buat pon boleh cuma kerja lebih sedikit dan tidak smart.
Pergi ke seller hub eBay.com/sh/ovw. Kemudian klik
1) store
2) store categories
Klik add store categories
Letak nama kategori. Dalam contoh ni letak “Toys”. Terpulang ikut kesesuaian kategori anda
Jika nak ubah listing sedia ada kepada kategori yang baru. Masuk seller hub eBay.com/sh/ovw kemudian klik
1) listing
2) Active
Di bahagian item category klik edit
Pilih ketegori yang anda dah buat tadi. Ingat ciri ni hanya ada pada mereka yang langgan eBay store sahaja.





