Beli rumah dan kereta hasil dari eBay

First sekali korang kena tetapkan matlamat dahulu. nak beli rumah ke, nak beli kereta ke, nak settlekan hutang ptptn ke. Ataupun korang invest kat mana-mana institusi kewangan. Jangan invest ke skim cepat kaya sudah la ye!

Ini cara kami sebagai fulltime seller eBay buat loan. Ianya bergantung kepada situasi masing-masing. 

Sebelum kami buat  loan dengan bank, kami pastikan kredit score financial kami dalam keadaan ok dahulu. Boleh refer link kat bawah ni kalau nak check CCRIS ataupun CTOS. Pastikan benda ni dalam keadaan elok dahulu.

Contoh CCRIS report diatas menunjukkan tiada tunggakan. Semuanya kosong bermaksud bayaran pinjaman on time. 

Anda boleh search di Youtube. Ramai yang dah share cara nak check CCRIS dan CTOS.

Kalau ada tunggakan loan?

Kalau ada loan lain tertunggak settlekan dahulu dan dalam masa 6 bulan baru apply loan baru. Biasa nya ramai yg buat begitu. Takde jalan singkat ye.

Untuk lebih konfiden sila tanya banker anda. 

Takde sejarah pinjaman bank?

Kalau takde sejarah pinjaman bank boleh buat pinjaman ASB dahulu.

Perlu juga ada simpanan di ASB ataupun di bank. Bank hanya nak bagi loan bagi orang yang mereka rasa ada kemampuan untuk bayar pinjaman setiap bulan.

Fulltime eBay macam mana bank nak percaya?

Jawapannya ialah kami bayar tax setiap tahun. Kami upah company yg buat tax untuk kira berapa cukai yg perlu kami bayar.

Ingat ni! Bank senang nak bagi pinjaman kalau peminjam bayar cukai. Pada pandangan bank kalau peminjam boleh jalankan tanggungjawab kepada negara biasanya boleh jalankan tanggungjawab terhadap pinjaman bank.

Mudah je kan?

Dengan adanya sejarah pinjaman bank, resit pembayaran cukai, simpanan tunai dan kredit score yang baik. Ianya memudahkan anda untuk membuat pinjaman bank.

Mungkin ingin beli rumah sendiri ataupun untuk tujuan pelaburan. Terpulang kepada matlamatmasing-masing.

Ianya bukan jalan yang singkat dan ringkas. Insha Allah dengan kesabaran dan cara yang betul saya doakan anda semua boleh capai impian yang ditetapkan.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik