Cara nak minta payment bila deal luar eBay

Kalau korang dah lama dan biasa jual di eBay, memang akan ada buyer yang mesej untuk beli secara pukal atau dalam kuantiti yang besar.

Bagi seller yang daftar eBay sebelum Jun 2021, mereka biasanya masih guna akaun PayPal. Sekarang ramai dah guna Payoneer.

Buyer jenis ni biasanya beli secara pukal dan jual semula di negara mereka. Kalau dapat buyer macam ni, memang rezeki besar!

Tapi ingat!

Sebelum ajak mereka buat deal luar eBay, pastikan mereka dah pernah beli dari korang di eBay. Jangan sesekali ajak buyer buat deal luar kalau mereka belum pernah beli.

Silap langkah, akaun korang boleh kena suspend sebab langgar polisi eBay.

Kalau buyer dah beli, korang akan dapat nombor telefon mereka. Selalunya kami akan cuba contact guna WhatsApp atau Telegram.

Kalau buyer tu balas dan setuju nak beli luar, memang jackpot. Jimat eBay fee yang hampir 16% tu.

Tapi bukan semua akan reply. Biasanya dalam 30 mesej, mungkin seorang dua je yang respon. Tapi kalau respon, boleh jadi regular customer.

Untuk makluman, kebanyakan akaun Payoneer yang ikut panduan dalam eBook ni tak boleh terima payment luar eBay.

Jangan risau. Korang boleh guna Wise atau PayPal untuk terima bayaran. Tapi Wise lebih berbaloi sebab fee lebih rendah.

Klik sini cara nak daftar wise.com

Contoh invoice yang sudah dibayar di Wise

Contoh invoice yang sudah dibayar di PayPal dan email seperti dibawah

Senang sahaja nak buat invoice PayPal untuk dihantar kepada buyer. Lepas login akaun PayPal klik Tools kemudian klik Invoicing
Kemudian klik Create
Masukkan butiran seperti gambar dibawah dan klik send
Sudah berjaya hantar invoice dan hanya perlu tunggu buyer bayar. Deal macam ni tidak banyak berlaku tetapi kena pastikan kalau dapat deal macam ni pastikan untung terus berbaloi.
Kalau mereka sudah percaya, mereka akan repeat order lagi. Jadi boleh bayangkan berapa besar potensi kalau dapat ramai buyer macam ni.
Jangan terlalu gopoh untuk deal macam ni. Tanya dulu dengan buyer tu. Contoh mesej yang diterima di eBay

Hi,

I wish to order ** boxes again. Can you provide discount for this?

Thanks

Lepas tu balas gunakan whatsapp ataupun telegram, bukannya send melalui eBay message

Hello (nama buyer),

 

I got your  message regarding discount. I can only give you discount if I send to you the invoice via PayPal.
 
I can give you (price).
 
If that one ok with you, I will send invoice to your Paypal.
 
Thank you.”
Lepas tu buyer tu balas

Hi,

Thanks for getting back to me. This price is fine. Can you send the invoice to this PayPal account:

****@gmail.com

Is this okay? The delivery address is the same on both accounts. I will pay for this right away once you have sent the invoice.

Thanks,”

Tanya dulu. Kalau buyer tu ok baru kita deal. Jangan tergesa-gesa kerana ada juga buyer yang hanya mahu deal di ebay sahaja.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

(8 am – 5 pm | Isnin – Jumaat sahaja)