Tariff trump bermula 29 Ogos 2025
Bermula 29 Ogos 2025, semua penghantaran (shipment) yang sampai ke Amerika Syarikat akan dikenakan tarif – atau dalam bahasa mudah, cukai (tax).
Sebelum ini, sebarang penghantaran bernilai di bawah USD $800 tidak dikenakan tarif atau cukai. Namun, bermula tarikh tersebut, semua shipment akan dikenakan tarif/cukai, tanpa mengira nilai pembelian.
Sebenarnya, amalan seperti ini sudah biasa berlaku untuk penghantaran ke negara lain.
Sebagai contoh, di United Kingdom (UK), shipment bernilai di bawah £135 tidak dikenakan duti atau cukai. Tetapi jika nilai melebihi £135, pembeli akan dikenakan bayaran cukai/duti import.
Untuk makluman, jika pembeli dari US membuat pembelian dari penjual yang beroperasi di Malaysia, akan muncul paparan seperti ini semasa proses checkout:
Jika kita lihat pada gambar di sebelah kanan sekali, ia jelas menunjukkan bahawa pembeli dari US yang akan dikenakan tarif atau cukai (tax).
Ni contoh sebenar shipment dari Malaysia ke US
Pembeli yang dikenakan cukai. Ini merupakan contoh di mana pembeli perlu membayar cukai kepada pihak kurier. Pihak kurier bertindak sebagai ejen yang mengutip cukai atau tarif bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat (US).
Dalam contoh ini, pada 30 Ogos 2025, pembeli telah membuat bayaran, jadi shipment tidak ditahan.
Sebaliknya, jika pembeli tidak membuat bayaran, shipment akan ditahan sementara sehingga bayaran dibuat.
Satu lagi contoh barang kena cukai / tariff
Lihat contoh ini: Barang dihantar pada 2 September dan diterima oleh pembeli pada 5 September 2025.
Proses penghantaran berjalan lancar kerana pembeli (penerima) telah membuat bayaran cukai/tarif lebih awal.



