Cara nak selesaikan masalah akaun kena suspend selepas register sebagai seller di eBay

Selepas anda mendaftar sebagai seller di eBay, anda mungkin mendapat salah satu email dari eBay. Mungkin email yang anda terima berbeza daripada contoh seperti gambar di atas dan juga di bawah tetapi tujuannya sama. 

eBay hendak verify anda memang wujud dan juga untuk bertanya beberapa soalan sebagai kepastian. 

Apa yang anda perlu buat ialah hantar email kepada Ebay mengunakan email anda yang berdaftar dengan ebay kepada myrswebhelp@ebay.com.my . Rujuk gambar di bawah.

Contoh ayat untuk hantar email kepada eBay.

Anda boleh guna ayat lain mengikut kesesuaian anda. Tujuannya sama, untuk eBay  verify akaun anda. 

Kena sediakan dokumen dahulu ye. Salinan kad pengenalan/lesen/passport, proof of address seperti yang diterangkan sebelum ni dalam bab daftar eBay Payoneer. Boleh guna bank statement, bill utiliti dan sebagainya. Dan juga resit barang yang nak dijual. 

Lepas klik link macam kat bawah kena submit dokumen dalam masa 24 jam ye!

Janagn submit resit makanan ataupun barang yang dijual tu boleh masuk mulut. Macam ubatan, susu. Kalau nak jual makanan selepas 2 bulan verify dengan eBay. INGAT NI!

Selepas email eBay akan dapat balasan di bawah. Ianya mungkin berbeza sedikit ye. Klik link yang eBay berikan

Klik submit

Baca apa yang gariskan di bawah. Selepas klik kena submit dalam masa 24 jam. Sediakan dokumen dahulu siap-siap sebelum nak submit. Klik seperti anak panah dibawah

1) Disini submit muka depan kad pengenalan

2) Submit bahagian belakang kad pengenalan

3) Bill tnb

4) Resit barang yang nak dijual. Dalam ni submit alatan tulis

Selepas itu submit. 

Sekiranya sudah verified, eBay akan memberitahu akaun anda akan active dalam masa 72 jam. Good Luck!

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik