Senarai kurier untuk hantar barang ke luar negara

Sebelum cari niche ataupun barang laku di eBay tanya diri anda. Nak jual barang yang harga tak tinggi ataupun nak jual barang dengan harga tinggi. Sudah tentu jual barang harga rendah untung pun rendah. Kos pun tak tinggi. Semuanya bergantung kepada bajet anda. 

Sebelum ni Flexipack International Pos Malaysia boleh digunakan tetapi semenjak 3 Ogos 2020 mereka sudah hentikan. Bila Flexipack akan beroperasi semula tidak pasti. Mungkin apabila covid19 sudah reda. Mungkin. Itu kena tanya pihak Pos Malaysia.

Jika anda cari barang yang terjual di eBay selepas ini dan jumpa penjual Malaysia jual barang dengan harga rendah. Mereka gunakan normal postage. Biasanya sampai dalam masa 2 minggu hingga 4 minggu. Kurier yang biasa digunakan adalah Singapore Post ataupun DHL Ecommerce

Jika penjual eBay tu guna express shipping biasanya mereka gunakan DHL Express, Fedex dan Flickpost. Tempoh masa sampai biasanya 3 hingga 7 hari bekerja.

Macam mana nak tahu penjual tu guna normal postage? Senang sahaja. Di bahagian shipping samada Standard International Shipping ataupun Economy International Shipping. Lihat contoh di bawah

Macam mana nak tahu penjual tu guna Express Shipping? Senang sahaja. Di bahagian shipping ianya Expedited Shipping

SINGAPORE POST untuk normal postage

Salah satu kurier untuk normal postage yang digunakan oleh penjual eBay dari Malaysia. Tempoh waktu penghantaran adalah antara 2 minggu hingga 4 minggu. 

Di musim covid19 ini ada juga yang sampai 2 bulan baru pembeli dapat barang. Tetapi biasanya tak banyak kes lambat barang sampai. 

Hasil pemerhatian kami masih ramai yang gunakan Singapore Post di eBay. Ada penjual yang buat penghantaran ke USA sahaja untuk normal postage. Ada yang buat ke negara tertentu. Terpulang tetapi biasanya negara yang tiada banyak masalah ialah ke USA. 

Sebelum daftar boleh hubungi mereka untuk tahu samada kawasan anda termasuk ataupun tak dalam coverage mereka. Singpost bekerjasama dengan syarikat kurier tempatan untuk collect barang dari kawasan anda. 

Kemudian ianya dihantar ke hub di Shah Alam sebelum transit di Singapore. Selepas itu baru dihantar ke destinasi pembeli anda. 

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah salinan SSM dan juga kad pengenalan anda. Jika ada dokumen tambahan mereka akan minta. Ini untuk memastikan anda tiada masalah seperti bankrap ataupun masalah yang seangkatan dengannya.

Hubungi Tel: (603) 5569 6901 untuk mendaftar dengan Singaopore Post. Pejabat mereka di Shah Alam.

Semakin banyak shipment sebulan semakin rendah rate card yang anda dapat. Ianya standard industri. 

Contoh rate Singpost adalah seperti di bawah. Jika apply ianya berbeza kerana rate card ini untuk January 2020. Masa itu kami hubungi Sales Manager Singpost untuk diberikan kepada pembeli eBook Export Mudah.

Harga diatas termasuk dengan tracking number. Sebagai contoh kos penghantaran ke USA untuk berat 100 gram adalah RM 24.95. Pengiraan minimum adalah 100 gram dimana jika berat barang anda 50 gram, masih dikira 100 gram.

Cara nak baca rate card Singpost seperti lakaran dibawah. Shipment ke USA untuk bawah 100 gram.

Jangan risau. Selepas daftar mereka akan bimbing. Anda akan dapat portal Singpost untuk uruskan order eBay. 

DHL eCommerce untuk normal postage

Sebelum ini ianya DHL Global Mail. Sekarang ianya DHL eCommerce. Sama seperti Singapore Post mereka akan bagi latihan dan portal kepada anda. 

Kos postage ke USA untuk bawah 100 gram ialah bawah RM30. Kami tiada kebenaran untuk kongsikan rate card tetapi rate mereka lebih kurang Singapore Post. 

Hubungi nombor ini untuk daftar 03 – 3099 2800

Contoh tracking number DHL eCommerce seperti di bawah. 

DHL Express untuk Express Shipping

DHL Express dengan DHL eCommerce adalah dua syarikat berbeza. Servis ini mahal sedikit  tetapi cepat sampai. Kalau ke Singapore biasanya dalam satu hingga 3 hari sampai dari Pasir Gudang , Johor. Kalau ke USA biasanya 3 hingga 7 hari bekerja. 

Macam biasa apbila daftar mereka akan bagi latihan melalui telefon untuk gunakan portal DHL Express.

Kalau shipment dah banyak setiap bulan akan dapat printer free dari DHL. Kertas dan ink pun mereka berikan secara percuma. Banyak disini bermaksud bill setiap minggu 5 angka dan konsisten. 

Kotak DHL pun mereka beri percuma. Boleh minta dari Sales Manager yang jaga akaun anda ataupun call HQ. Kalau nak guna urgent dan habis stok boleh minta dengan driver yang collect barang DHL. Biasanya mereka ada simpan sikit di van. 

Plastik pembungkusan seperti dibawah pun DHL beri secara percuma macam di bawah ni. 

Rate card dan zone untuk DHL Express. Untuk USA Zone E. 

Cara pengiraan DHL ialah setiap 500 gram. Jika barang 100 gram ataupun 250 gram ianya dikira 500 gram. 

DHL kenakan Fuel Surcharge dimana ianya ikut harga minyak semasa. Setiap minggu ianya berubah. Biasnya kami ambil kira 15% fuel surcharge. 

Katakan nak hantar ke USA dengan berat 400 gram, kos penghantaran ialah di Zone E iaitu RM95. Tambah fuel surcharge 15% x RM95 = RM14.22. Total yang dikenakan ialah RM 109.25

Segala caj tambahan ni pihak DHL akan terangkan lebih lanjut selepas buka akaun dengan mereka. 

FeDex untuk Express Shipping

Ada juga yang gunakan Fedex Express untuk hantar barang ke luar negara. Cuma kami masih belum gunakan servis ni lagi. Sebab kami gunakan DHL Express kerana jika shipment banyak di DHL Express maka rate card kami akan rendah. 

Flickpost untuk Express Shipping

Flickpost ada sediakan servis untuk express shipping. Boleh refer di blog rentassempadan untuk mengetahui rate flickpost.

Kami tidak gunakan servis ini tetapi salah sorang pembeli Panduan Export Mudah kongsikan pengalaman mereka disini. Terima kasih kepada Carl Zack.

Web2Ship untuk Express Shipping

Web2Ship ada sediakan servis untuk express shipping. Boleh refer di blog rentassempadan untuk mengetahui rate penghantaran ke luar negara.

Kami tidak gunakan servis ini tetapi salah sorang pembeli Panduan Export Mudah kongsikan pengalaman mereka disini. Terima kasih kepada Shahrul Ramadhan.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik