Apa perlu buat bila dapat order eBay?

Ramai yang tanya nak buat apa ye kalau dapat order? Jawapannya senang je. Hantar lah barang tu cool

Soalan yang selalu tanya macam mana nak dapatkan nombor telefon buyer? Dekat email yang eBay send tiada. Jawapannya ada didalam seller hub.

1) Buka eBay.com/sh/ovw

2) Pergi ke tab Order

3) Klik all order

Rujuk gambar di bawah

Lihat nombor (1) seperti gambar di bawah. Ianya menunjukkan bila due date anda perlu hantar barang. Ianya bergantung kepada handling time yang anda buat di eBay. Kemudian klik (2) 

Semua butiran pembeli anda ada disini. Nama, alamat penuh, email, nombor telefon semuanya ada. Klik Add tracking

1) Masukkan nombor tracking pembeli ni

2) Masukkan kurier yang digunakan. Taip sahaja kurier yang anda guna disini

Selesai sudah. Ada yang tanya perlu ke beritahu pembeli apabila sudah update tracking number disini? Jawapannya tidak perlu. 

Apabila sudah update pembeli akan dapat notifikasi dari eBay dan boleh check sendiri di akaun eBay pembeli. 

Selain dari website kurier yang anda gunakan, eBay boleh check status penghantaran juga. Pergi ke eBay.com/sh/ovw dan klik tab order. Klik tracking number seperti di bawah. 

Paparan seterusnya akan keluar seperti dibawah. Jika barang sudah sampai ianya akan ditunjukkan disini juga. 

Mudah sahaja kan!

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik