Pengurusan order menggunakan Singapore Post

Jangan risau jika tidak tahu menggunakan sistem Singapore Post. Pihak mereka akan memberikan anda latihan melalui telefon. Semasa kami mulakan dulu, mereka akan bimbing kami melalui telefon.

Jika anda sudah menggunakan Singpost, jika terdapat sebarang masalah, anda perlu hubungi mereka. Ini adalah contoh bagaimana kami menguruskan order menggunakan Singpost.

Setelah pendaftaran anda berjaya, anda perlu masuk ke laman ezyparcels.com. Ianya adalah portal Singpost di Malaysia.

Anda perlu muat turun fail excel di portal kemudian isikan butiran order anda. Contohnya seperti ini.

Ini adalah sebahagian butiran yang anda perlu isi di excel. Kemudian upload kembali ke portal ezyparcels.com. Selepas itu anda akan dapat tracking number.

Print tracking number ini menggunakan printer laser jet. Printer deskjet tidak boleh digunakan. Contoh printer laserjet kami gunakan adalah seperti dibawah. Model Canon LBP 6030/6040. Harga masa beli lebih kurang RM300.

Selepas print, tampal tracking number ini di sampul bungkusan anda. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik