Pengurusan Order Menggunakan DHL Express

Kebiasaanya barang yang lebih dari $70 USD, kami akan gunakan DHL Express. kelebihan DHL Express ialah barang akan cepat sampai ke pembeli.

Untuk bandar utama di USA, UK dan juga mana-mana negara, ianya hanya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk sampai ke destinasi pembeli. 

Jika anda sudah menggunakan DHL Express, jika terdapat sebarang masalah, anda perlu hubungi DHL Express. Pihak DHL sediakan latihan bagi pengguna baru. Hubungi di talian ini 1-800-888-388

Tak semua barang DHL Express boleh hantar. Kebiasaannya pihak DHL akan tanya barang apa yang anda jual. Anda boleh semak dengan mereka dahulu.

Portal DHL adalah seperti gambar diatas. Rate DHL berbeza bagi setiap pengguna. Dibawah adalah contoh rate DHL

Rate document adalah untuk surat manakala rate untuk non-document adalah untuk barang. Cara DHL kira rate adalah untuk setiap 500 gram. 

Sebagai contoh jika barang itu beratnya 100 gram ataupun 250 gram ataupun 450 gram, ianya dikira 500 gram. Jika berat 550 gram ataupun 650 gram ianya dikira 1 kilogram.

Ada juga kos lain seperti fuel surcharge dimana ianya mengikut harga minyak semasa. Pada masa artikel ini ditulis fuel surcharge adalah hampir 19% daripada rate DHL. 

Contohnya jika menghantar ke USA dengan berat 0.5 kg, anda akan dikenakan RM 73 ditambah dengan fuel surcharge 19%. Jadi bayaran tambahan ialah 19% didarab dengan RM73 iaitu RM 13.87. Jumlah yang perlu bayar ialah RM 73 + RM 13.87 = RM 86.87.

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar ialah salinan SSM dan juga kad pengenalan. 

Selepas pendaftaran berjaya, akan ada seorang sales manager yang menjaga akaun anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah anda boleh hubungi sales manager itu.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik