Affiliate
Program affiliate adalah satu bentuk program di mana anda menjadi “agen maya” kepada seller yang menyenaraikan produk mereka di platform ini. Menerusi program affiliate, tugas anda hanyalah mempromosikan produk seller menggunakan link khas atau kupon khas yang mengandungi ID anda sahaja. Apabila prospek membuat pembelian, sistem akan merekod pembelian tersebut terhasil melalui anda secara automatik. Anda seterusnya akan dibayar komisen mengikut jumlah dan masa yang telah ditetapkan.
Langkah 1 – Promosi
Anda perlu mempromosikan produk seller menggunakan link affiliate ataupun kupon anda secara online sahaja sama ada menerusi Facebook, Instagram, Whatsapp, blog dan sebagainya.
Langkah 2 – Pembelian
Sekiranya prospek membuat pembelian (pada ketika itu atau selama mana cookies tidak rosak – jika guna link affiliate), sistem secara automatik akan merekod jualan terhasil melalui anda.
Langkah 3 – Komisen
Pihak JV Warrior akan membuat pembayaran komisen yang terkumpul mengikut masa yang telah ditetapkan. Agen affiliate akan menerima email notifikasi sebaik sahaja komisen dimasukkan ke akaun bank mereka.
Kenapa Kena Sertai Program Affiliate JV Warrior?
Platform JV Warrior sememangnya “lubuk emas” untuk mereka yang nak menjana pendapatan lumayan menerusi program affiliate. Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu menyertai program affiliate JV Warrior. Antaranya adalah :
Percuma
Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai program affiliate JV Warrior. Sebaliknya anda yang akan dibayar komisen jika anda berjaya membuat jualan.
Komisen Lumayan
Menjadi agen produk digital sememangnya berbeza daripada produk fizikal. Untuk produk digital, komisen biasanya sangat besar iaitu sekitar 30% ke 90%. Adakalanya, seller turut beri komisen 100%!
Komisen 2 Kali Minggu
Kami faham anda perlukan duit cepat sama ada untuk perbelanjaan personal atau untuk rolling kos pengiklanan. Oleh sebab itu, kami akan buat pembayaran komisen setiap minggu (lihat jadual pembayaran komisen).
Maklumat Pelanggan
Apabila jualan terhasil, maklumat pelanggan dan butiran pembelian akan dihantar secara automatik kepada anda menerusi email. Anda boleh simpan maklumat tersebut sebagai rekod. Selain itu, maklumat pelanggan juga ada tertera di dashboard akaun JV Warrior anda.
Tips Pemasaran
Dari masa ke semasa, pihak kami akan turut kongsikan pelbagai tips pemasaran supaya anda boleh jana pendapatan lumayan menerusi platform ini walaupun anda zero.
Real Time Stats
Lihat hasil promosi anda secara “real time”. Semuanya maklumat klik, jualan dan komisen di update secara automatik oleh sistem JV Warrior
Penghantaran Automatik
Jika anda ingin berikan bonus kepada pelanggan, mereka akan dapat bonus anda serta merta beserta dengan produk yang dibeli sebaik sahaja mereka buat bayaran. Anda tak perlu lagi check pembelian dengan pemilik produk untuk tujuan pengesahan dan pemberian bonus secara manual.
Instant Sale Notification
Setiap kali ada jualan terhasil menerusi link affiliate anda, satu email notifikasi akan dihantar secara automatik ke email anda. Anda pasti gembira menerimanya.
Traffic Source Tracking
Sistem tracking kami membolehkan anda track dari medium mana datangnya sale (contoh : FB Ads, PM, Email, etc). Dengan mengetahui maklumat tersebut, anda boleh fokus pada medium yang berkesan sahaja tanpa perlu bazirkan masa dan wang untuk medium yang tidak berkesan.
Cabaran Affiliate
Adakalanya pihak seller turut menganjurkan Cabaran Affiliate ketika pelancaran produk mereka. Anda berpeluang memenangi banyak hadiah lumayan dengan menyertai cabaran tersebut.
World Class
Sistem yang digunakan oleh platform JV Warrior adalah sangat cekap serta canggih. Ia setaraf dengan kebanyakkan sistem-sistem lain yang digunakan oleh kebanyakkan platform yang menguruskan produk digital di seluruh dunia.
Cara Untuk Menyertai Program Affiliate
Semua warganegara Malaysia boleh menyertai program affiliate JV Warrior. Yang penting anda ada akaun bank tempatan untuk kami bayar komisen. Untuk menjadi agen affiliate, anda cuma perlu ikuti beberapa langkah mudah berikut :
A) Baca & Setuju
Anda perlu baca dan setuju dengan semua terma dan syarat utama serta terma dan syarat affiliate yang telah ditetapkan.
C) Pilih & Daftar
Pilih produk yang hendak dipromosikan di halaman Launch. Kemudian, klik pada “Join” untuk menyertai program affiliate bagi produk tersebut.
D) Lakukan Promosi
Dapatkan link atau kupon affiliate anda terlebih dahulu. Kemudian mula lakukan promosi secara online
Ada Pertanyaan Lanjut?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan “program affiliate”, sila rujuk bahagian FAQ terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak JV Warrior. Kebanyakkan daripada pertanyaan lazim tentang program affiliate telahpun dimasukkan di ruangan FAQ.