Flow ataupun step yang perlu dilakukan untuk menjual di eBay

Platform eBay dan platform jual barang lain dari luar negara tidak suka jika buka akaun hari ini. Pada hari yang sama juga terus start menjual.

Step ataupun flow nya macam ni. Buka dulu akaun eBay, cari barang yang laku (ambil masa dalam 2 minggu), listing barang yang nak dijual, buka akaun Payoneer, akaun suspend untuk verification, submit document, dah verify dan boleh start menjual. 

Buka akaun eBay

Bagi yang dah ada akaun eBay tetapi belum menjual boleh terus ke bahagian bawah. Gambaran keseluruhan buka akaun eBay.

Sebelum buka akaun tengok dulu video ni. Mengenai alamat yang perlu anda gunakan.

Langkah pertama masuk ke website ebay.com.my dan klik register.

Masukkan butiran yang eBay minta. Nama, email dan juga buat password. Pilih personal account ye. 

Klik akaun setting disini.

1)Klik anak panah ni

2)kemudian klik akaun setting

Klik Personal Information.

Kalau eBay minta masukkan password, masukkan seperti password yang anda create tadi. Perkara biasa bila eBay suruh masukkan password beberapa kali dalam step yang seterusnya.

Masukkan butiran yang eBay minta. Postcode, city, negeri, alamat dan juga nombor telefon. Masukkan nombor telefon yang betul kerana eBay akan hantar kod ke nombor telefon.

PERINGATAN!! Alamat ni mesti sama dengan bank statement ataupun bill api ataupun bill air ataupun apa-apa dokumen dari kerajaan seperti PTPTN, tabung haji, ASB, cukai pintu ataupun tanah. 

Ini kerana eBay akan minta anda submit salah satu dokumen ini kemudian sebagai pengesahan. Pastikan nama dan alamat anda sama dalam dokumen.

1 – Klik verify email. eBay akan hantar kod ke email anda dan perlu masukkan kod kesini

2 – Klik Verify phone number. Kod akan dihantar ke nombor telefon dan perlu masukkan juga kesini

Tengok sebentar video ini ye. 

Step selepas ini kena tahu kos penghantaran dan cari barang apa yang nak dijual. 

Gambaran keseluruhan ataupun overview buka akaun eBay untuk jual barang ke luar negara

Ini mungkin berbeza sedikit ataupun sama dengan akaun yang anda ingin buat. 

Ianya berdasarkan mereka yang dah berjaya buka akaun eBay untuk jual barang ke luar negara.

Buka akaun eBay pada 4 October 2023

Belajar dan kaji barang yang nak dijual

Jangan terus buat listing di eBay. Tunggu dalam 2 minggu hingga 4 minggu sebelum buat listing.

Pada masa yang sama buat reasearch barang apa yang ingin dijual. Belajar dan kaji berapa kos yang terlibat.

Pada masa yang sama sediakan dokumen apabila eBay & Payoneer nak verify. 

Biasanya 3 dokumen. Bukti nama anda seperti salinan ic / passport / lesen. Bukti alamat anda seperti bank statement ataupun bill api air. Resit barang yang nak dijual.  

Buat listing di eBay pada 16 Ocotber 2023

Selepas buat listing akaun eBay akan suspend. Lebih 95% akaun eBay kena suspend selepas buat listing. 

Tujuannya eBay nak verify identiti anda. Biasanya 3 dokumen yang eBay minta. 

Dalam pada yang sama Payoneer juga minta anda submit dokumen untuk tujuan verifikasi seperti dibawah.

Kebiasaannya Payoneer minta dokumen seperti salinan ic / passport / lesen dan juga bank statement. Jika Payoneer minta dokumen lain berikan sahaja. 

Contact eBay pada 19 Ocotber 2023

Contact eBay melalui contact us. Tanya eBay sebab akaun kena suspend.

Dapat email ini daripada eBay. Sebenarnya belum boleh buat listing lagi. Perlu submit dokumen kepada eBay pula.

Ini hanya menunjukkan yang akaun Payoneer dah selesai daftar.

eBay reply pada 22 Ocotber 2023

eBay suruh submit 3 dokumen. Untuk resit perlu submit barang yang dah listing di eBay. Listing ini save dalam draft.

Klik link dalam email yang eBay hantar seperti dibawah. 

eBay dah buka balik sekatan pada 23 Ocotber 2023

Selepas submit dokumen eBay dah bagi akses menjual di eBay. 

Selling limit eBay

Untuk akaun baru selepas akaun tidak lagi suspend, eBay akan beri selling limit seperti ini. Ada yang dapat lebih lagi dan ada yang dapat kurang dari ini. 

Terima call dari eBay Singapore

Ada juga kes yang mana eBay verify dengan call penjual baru eBay. Angkat sahaja dan jawab soalan yang ditanya. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik