Cara kira untung eBay

Selalu orang tanya macam mana nak letakkan harga jualan? Harga julan tolak yuran eBay tolak kos barang tolak kos beli barang. Mudah sahaja. Hehe. 

Biasa kami tengok harga orang lain dan cari barang yang sama ataupun seakan sama dan jual balik. Ataupun jual dengan harga yang sama tetapi letak kos shipping yang tinggi sedikit.

Ada juga kalau tengok penjual lain jual barang murah tetapi kami tidak boleh ikut. Mudah sahaja. Cari barang lain. 

Lebih baik barang tidak laku dari barang laku dan margin keuntungan sangat sedikit. Contoh ni adalah transaksi di eBay dan yuran yang dikenakan. Jangan pening kepala pula ye.

Penting ye tahu ilmu matematik untung rugi. Ramai yang jual dan sangka untung tetapi sebenarnya rugi. Banyak dah kes di eBay. 

Jangan kata di eBay, di Shopee, Tiktok Shop, Lazada pun sama juga. Mula-mula teruja barang banyak laku walhal rugi. Hujung bulan lepas bayar bill negative. Hati-hati ye.

Jom kita tusyen matematik sekejap. hehe. Jangan risau. Senang je.

Cara kira manual

Tanpa eBay promoted listing

Penjual tidak menggunakan features eBay promoted lsiting. Ataupun pembeli tidak beli dari eBay promoted listing. 

Secara purata eBay fee 14% ke 16%. Namun kami ambil yang paling banyak 16%.

Kami ambil contoh yang 16%. Harga jualan $195.90 USD dan penjual dapat bersih sebanyak $165.64 USD.

$165.64 x 4.60 (tukaran ke ringgit) bersamaan RM 761.94

Cara kiranya macam ni. $195.90 X 4.60 x 0.84 = RM 756.95. Hampir sama dengan RM 761.64 yang dapat diatas.

Selepas ini tolak dengan kos beli barang dengan kos korang hantar barang ke pembeli luar negara.

0.84 ialah disebabkan eBay fee 16% (0.16). Maka 100% – 16% bersamaan 84% (0.84).

Dengan buat eBay promoted listing

Ada penjual eBay yang menggunakan features eBay promoted listing. Ianya tambahan kepada eBay fee yang sedia ada. 

Contoh dibawah jualan berjaya dilakukan dengan menggunakan eBay promoted listing sebanyak 2%. Secara purata eBay fee 14% ke 16%.

Kami ambil contoh yang 16%. Harga jualan $59.90 USD dan penjual dapat bersih sebanyak $49.85 USD. 

$49.85 X 4.60 (tukaran ke ringgit) bersamaan RM 229.31

Cara kiranya macam ni. $59.90 X 4.60 x 0.82 = RM 225.94. Hampir sama dengan RM 229.31 yang dapat diatas.

Selepas ini tolak dengan kos beli barang dengan kos korang hantar barang ke pembeli luar negara.

0.82 ialah disebabkan Bay fee 16% (0.16) dan eBay promoted listing 2% (0.02). Jadi total 18% (0.18). Maka 100% – 18% bersamaan 82% (0.82). 

Cara kira untung guna Excel untuk kurier selain BerkatPos

Ok kat bawah ni disertakan excel untuk anda kira untung. Boleh download. Hanya perlu masukkan nilai sahaja. Formula yang sama gunakan seperti contoh diatas.

Korang boleh baca penerangan macam di bawah.

1) Berapa kuantiti barang yang dijual. Dalam contoh ni hanya satu unit acuan buat kuih yang dijual. Kalau anda jumpa contoh lain yang penjual jual 5 unit, masukkan 5 disini.

2) Harga modal untuk beli satu barang. Dalam contoh ni satu barang berharga RM25.00. 

3) Kos shipping yang perlu anda bayar kepada kurier yang digunakan. Katakan normal postage Singpost dengan kos RM40. Masukkan nilai 40 disini.

4) Harga terjual di eBay. Penjual ini jual dengan harga $21.99 USD

5) Kos shipping yang caj kepada pembeli. Contoh ini sebanyak $6.99 USD dikenakan. Kalau seller yang korang spy tu letak free shipping, masukkan 0 (kosong) disini.

6) eBay promoted listing. Kalau korang buat 2% masukkan 2 disini. Kalau tak buat masukkan 0 disini.

7) Kadar tukaran currency dari USD ke ringgit. 

8) Untung. Disini untung RM44.98. Jika anda kira dalam kurungan maka ianya rugi.

Cara kira untung guna excel BerkatPos

Boleh download cara kira untung guna excel ke USA lepas penerangan ini.

Korang boleh baca penerangan dibawah

1) Kuantiti barang yang dijual. Letakkan 10 kerana seller ni jual 10 sabun dalam satu listing. Kalau seller anda spy buat kuantiti lain, tukar disini. 

2) Berat satu unit barang. Dalam contoh ni berat 220 gram siap packing. Maka masukkan 0.22 (kg) disini. 

Total weight. Yang ni tak perlu isikan sebab ianya kami dah set kan auto. Kalau 10 unit dengan berat satu unit 0.22 kilogram ianya akan autoatik keluar 2.2 kg. Biarkan sahaja ruangan ini.

3) eBay price. Seller yang spy ni jual dengan harag $85. USD maka 85 disini. 

4) eBay price. Yang ni berapa harga jualan seller eBay tu jual. Dalam contoh ni $159.90 USD.

5) Berapa harga modal untuk beli satu barang. Contoh ni satu barang RM2.40 maka masukkan 2.40

6) Promoted listing. Jika buat 2% masukkan nilai 2 disini.

7) Currency usd to myr. Boleh semak https://berkatpos.com/blog/payoneer-exchange-rate/ untuk lihat kadar tukaran Payoneer terkini.

8) Fuel surcharge. Ianya berubah setiap bulan. masukkan nilai semasa disini. 

9) Nilai untung dalam RM akan keluar disini. Dalam contoh ni seller ni potensi untung RM63.42 jika guna BrekatPos. Sekirang dalam kurungan maka ianya rugi. 

NOTA : Rate DHL ini berubah mengikut kadar fuel surcharge semasa yang dikenakan DHL. Biasanya berubah setiap minggu. Walaubagaimanapun ianya tidak jauh beza. 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik