Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana melabur untuk ilmu ebay dengan mendapatkan panduan dan tutorial ini.

Panduan ini ditulis oleh Mohd Farhan Bin Ahmad dan juga Mohd Fazley Bin Hamzah dimana kedua-duanya merupakan full time ebay seller sejak hujung 2014. Farhan mula menjual di ebay secara suka-suka pada tahun 2011. Selepas berjaya membuat banyak jualan, Farhan selalu bercerita tentang potensi ebay dengan Fazley. Hampir setiap minggu Farhan berjumpa dengan Fazley pada waktu petang tahun 2013.

Hasil “racun” Farhan berjaya membuka hati Fazley untuk tambah pendapatan melalui ebay. Kami masing-masing mempunyai pekerja seramai 2 orang yang menguruskan order ebay. Hampir setiap hari kami berhubung untuk berbincang dan berkongsi tentang masalah, pengurusan order dan juga apa-apa yang berhubung kait dengan ebay.

Sejak tahun 2014, setiap hari mempunyai order di ebay tidak kira Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Hari Raya Cina, Taipusam dan juga Hari Raya lain. Barang yang kami jual semuanya berada di Malaysia. Banyak potensi barang yang terdapat di kedai seperti kedai hardware, kedai plastik, kedai alat tulis dan kedai runcit terjual di ebay. Yang jual barangan ini adalah seller dari Malaysia.

Alhamdulillah hasil dari jualan di ebay kami mampu membeli kereta dan rumah. Tidak susah sebenarnya nak mohon pinjaman untuk membeli rumah dan kereta hasil jualan di ebay.

Semenjak 2 tahun yang lepas (2017), kami dapati ramai penjual Shopee, Lazada jual barang dengan harga murah. Ini merupakan peluang terbaik. Dengan membuat research di ebay dan menjual barangan yang terdapat di Shopee dan Lazada, keuntungan bersih boleh konsisten 4 hingga 5 angka sebulan hanya menjual barang yang di ambil di Shopee dan Lazada. Selepas konfiden barang yang di ambil di Shopee dan Lazada, kami mencari supplier yang menjual barang yang sama. Kalau jumpa memang akan dapat harga yang lebih murah dan yang paling best, ada barang yang boleh dipulangkan sekiranya tidak laku.

Supplier kami bukan dari Shopee dan Lazada sahaja. Untuk bertahan lama di ebay korang kena pandai cari supplier. Hampir semua orang boleh membuat jualan di ebay tetapi tidak ramai yang berjaya bertahan. Salah satu sebabnya ialah tidak jumpa supplier.

Korang kena cari kenalan dan juga network yang sama-sama buat ebay. Mana nak cari? Salah satu caranya ialah dengan menghadiri seminar ataupun kelas ebay. Orang yang memasuki kelas itu memang mempunyai minat yang sama. Sudah masuk kelas, korang boleh ambil nombor telefon masing-masing.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

(8 am – 5 pm | Isnin – Jumaat sahaja)