Perbandingan menjual di ebay berbanding menjual di Shopee dan Lazada

Setiap platform ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ebay ada kelebihannya manakala Shopee dan Lazada pun ada kelebihannya. 

Cuma pada pandangan kami, Ebay masih lagi platform terbaik untuk menjana pendapatan. Ramai yang komplen susah menjual di ebay kerana ada banyak peraturan dan paling mereka tidak suka adalah selling limit. 

 Untuk akaun baru hanya boleh jual sedikit sahaja untuk permulaan. Ramai yang tidak mahu menjual di ebay disebabkan perkara ini. Tetapi kami masih menjual kerana kami tiada masalah dengan selling limit. Dan kalau korang dapat menyelesaikan masalah kecil ini dimana ianya ada diterangkan didalam panduan ini, memang boleh buat banyak untung. Mereka jual di Shopee dan Lazada, kita jual di ebay. Barang yang sama tetapi harga yang berbeza.

Kenapa korang kena pilih platform Ebay berbanding Shopee dan Lazada

1. Boleh tengok barang yang terjual di ebay secara percuma

Di website ebay boleh lihat barang apa yang laku dan percuma dibahagian sold listing. Selepas jumpa barang yang laku, kita boleh lihat barang lain dari penjual yang sama jual dan laku. Bahagian ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di bahagian mencari produk yang berpotensi untuk dijual di ebay

2. Boleh dapat duit USD, AUD, GBP, EUR

Kalau jual di Shopee dan Lazada hanya dapat duit MYR ataupun Ringgit Malaysia. Apabila jual di ebay, macam-macam duit yang boleh dapat. Tak perlu bekerja di luar negara untuk dapat duit USD ke, AUD ke, GBP ke ataupun EUR. e

Bekerja di depan laptop ataupun komputer di Malaysia pun boleh dapat duit ini. Kalau nak dapat duit USD jual di ebay US, kalau nak dapat duit AUD jual di ebay Australia, kalau nak dapat GBP jual di ebay United Kingdom dan kalau nak duit EUR jual di ebay eropah.

Contoh transaksi jualan yang masuk ke akaun Payoneer dari eBay

3. Tidak banyak PM or DM

Sepanjang kami menjual di ebay, memang tidak banyak buyer ataupun potensi buyer mesej tanya tentang barang yang dijual. Ada juga sorang dua yang tanya daripada seratus order. 

Bangun tidor je korang akan check email, ada order tak masuk. Akan dapat 2 email, satu dari Ebay dan satu lagi dari PayPal untuk setiap order.Ini memang sindrom atau penyakit seller ebay. Sindrom check email nak tengok ada duit masuk ke tak.cool

4. Ready buyer ataupun pembeli dari seluruh dunia

Boleh tengok website ni untuk tengok berapa banyak traffic ebay.com. Berbilion setiap bulan dan potensi untuk barang terjual memang tinggi.

5. Faktor kepercayaan

Ramai pembeli dari luar negara sudah percaya dengan marketplace ebay. Kalau barang tak sampai ataupun terdapat masalah dengan order mereka akan hubungi ebay. Ianya adalah money back guarantee

Website ebay sudah lebih 20 tahun dan sudah ada pembeli yang setia. Mereka yang sudah setia ini akan selalu membeli walaupun barang itu berada di luar negara. Contoh salah satu buyer yang tanya barang tak sampai. Buyer ini masih boleh cool walaupun barang dah 2 bulan tidak sampai. Salah satu faktor adalah mereka sudah percaya dengan ebay

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

(8 am – 5 pm | Isnin – Jumaat sahaja)