Strategi Pemilihan Produk (Beginner) update 2020-11-30

Bagi yang baru hendak mula menjula di ebay, kena pastikan bahawa pejabat Pos Malaysia yang berhampiran rumah korang ada tak flexipack international dari Pos Malaysia. 

Kalau ada tiada masalah untuk korang hantar barang dan jual barang yang kecil. Katakan tiada Flexipack International korang kena fikir jual barang yang besar dan kos untuk menghantar ada diterangkan dibawah.

Kos penghantaran bagi produk Flexipack international dari Pos Malaysia seperti dibawah

Contoh sampul flexipack international macam ini

Katakan barang yang hendak di hantar adalah 240 gram ke USA tetapi barang itu tidak muat dimasukkan ke dalam flexipack international, rate Pos Malaysia kenakan rujuk gambar di bawah

Kalau pejabat Pos Malaysia berhampiran kediaman korang ada stok Flexipack International, cuba jual barang yang kecil dan ringan dahulu. Kos tidak terlalu tinggi. Katakan nak pos ke USA untuk berat 150 gram, kos hanya RM18 untuk flexipack dan perlu tambah RM10.50 untuk tracking number.

Ini bermakna kos penghantaran ke USA hanya RM28.50. Banyak barang yang ringan boleh dijual di ebay seperti berus gigi. Yang ini akan diterangkan di bahagian “Video Strategi percuma spy produk yang laku di ebay”.

Kalau pejabat Pos Malaysia tempat korang takde stok Flexipack international, kena fikir barang besar sikit dan ringan untuk dijual dan gunakan rate Pos Malaysia seperti gambar kedua di atas. Sebagai contoh barang di bawah ini

Tempat rebus telur ini beratnya 217 gram dan apabila siap packing beratnya menjadi lebih kurang 245 gram. Barang ini memang tak muat dimasukkan kedalam Flexipack International dan perlu guna rate seperti gambar kedua iaitu RM30 dan perlu tambah RM10.50 untuk tracking number.

Ini bermakna kos penghantaran ke USA untuk barang ini adalah RM40.50 termasuk tracking number. Barang ini ada  seller dari Malaysia jual ye. Paling tinggi $22 USD termasuk shipping. Harga kat kedai dalam RM8. Kat shopee pun ada jual.

Korang boleh fikir barang apa yang nak dijual bergantung kepada stok Flexipack International. Kalau ada memang boleh jual barang yang kecil dan ringan. Kalau tiada stok kena jual barang yang besar sikit macam contoh diatas.

Cuba jual barang yang senang korang dapat. Jual harga rendah dan untung sikit berbanding orang lain dahulu pun tidak apa. Hanya untuk tahu macam mana flow menjual di ebay dan juga hendak mendapatkan feedback sebagai penjual di ebay. 

Korang boleh jadikan shopee dan lazada sebagai lubuk supplier. Tengok macam contoh tempat rebus telur, kalau kat kedai rumah korang takde, boleh beli kat shopee cool.

Bermula 3 Ogos 2020, Pos Malaysia sudah hentikan perkhidmatan Flexipack International. 

Jangan risau, ramai sahaja pembeli Penduan Export Mudah masih boleh hantar barang ke luar negara tanpa menggunakan Flexipack International.

Mereka gunakan khidmat Flickpost ataupun web2ship. Penerangan ini boleh refer di RentasSempadan.com

Baca mengenai Flickpost

Baca mengenai web2ship

Perkongsian mengenai Flickpost dan web2ship adalah dari peserta yang sudah gunakan. Terima kasih kepada mereka. Semoga dapat pahala yang berpanjangan.

Untuk permulaan boleh pakai servis Flickpost ataupun web2ship. Jika sebulan sudah ada 10 shipment boleh daftar dengan DHL Express, Sinagpore Post ataupun DHL Ecommerce. 

Jika sebelum covid19 ramai penjual Malaysia beri free shipping, sekarang ramai yang sudah mengenakan harga penghantaran ke luar negara.

Jangan risau, masih ada lagi jualan yang berjaya dilakukan. Masalah tetap ada dimana-mana industri ataupun bidang. Cara anda atasi masalah itu lah yang menentukan kejayaan anda.

Contohnya barang dibawah ini. Seller ini mengenakan caj penghantaran lebih dari harga barang. Masih ada pembeli.

Harga jualan $10.90 dan kos penghantaran ke USA dikenakan $18.90. Total $29.80 USD. Harga barang ini tak sampai RM5 jika anda beli di kedai buat kek.

Barang buat kek juga. Harga beli kat kedai kek pun tak sampai RM5. Harga jualan $10.90 dan kos penghantaran ke USA dikenakan $18.90. Total $29.80 USD. 

Barang di atas berat sikit. Terjual dengan harga $14.50 dengan kos penghantaran $25. Total $39.50. Masih ada pembeli. Harga beli di kedai tidak sampai RM20.

Macam biasa, korang boleh beli di shopee atau Lazada. Boleh cari dengan keyword tart mold dan bahulu mold.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik