Cara Bungkus & Pos Barang

Untuk bungkus barang yang telah terjual, cuba korang bayangkan kalau barang itu tertindih dengan barang yang banyak dalam guni. Barang itu rosak ataupun tidak. Kalau tidak rosak memang tiada masalah. 

Ada bermacam-macam jenis packaging bergantung kepada niche ataupun barang yang dijual. Yang penting barang yang dijual perlu bubble wrap. 

Bubble wrap ada yang single layer ada yang double layer. Kami menggunakan double layer bubble wrap yang dibeli di lelong.my. Korang boleh tengok di youtube cara-cara hendak packing barang.

Boleh dikatakan setiap barang yang terjual perlu di bubble wrap. Kalau baru hendak mula, beli bubble wrap yang sedikit dahulu. 

Biasanya kedai jual kek ada jual ikut meter. Kalau dah banyak order baru beli 100 meter terus atupun lebih. Biasanya kami membeli bubble wrap di Shopee. Boleh klik link ni 

Ada juga barang yang tidak perlu bubble wrap macam baju. Masukkan ke dalam envelope dan hantar.

Rujukan lanjut di RentasSempadan.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik