Cara untuk keluarkan sales eBay ke Payoneer dan bank

Bagi yang sudah berjaya buat jualan di eBay, ianya akan masuk ke bahagian Payments. Di tab payments ini akan ditunjukkan bila sales ni boleh dikeluarkan ke Payoneer. 

Cara nak masuk ke Payments adalah dengan pergi ke selling hub ebay.com/sh/ovw kemudian pergi ke tab payments. Selepas itu keluarkan hasil jualan ebay ini ke Payoneer. Boleh tetapkan untuk setiap hari ataupun seminggu.

Dalam contoh ini, pengeluaran setiap hari ditetapkan ke Payoneer. Jika hendak tetapkan setiap minggu pun boleh. 

Ianya akan automatik masuk ke akaun Payoneer. Untuk keluarkan duit dari Payoneer ke akaun bank kena klik withdraw di Payoneer. 

Masukkan nilai yang ingin dikeluarkan, klik review kemudian klik withdraw

Masukkan kod yang Payoneer hantar. Untuk pengeluaran seterusnya tidak mahu Payoneer hantar kod, klik pilihan seperti di bawah. 

Selesai sudah prosesnya. Tunggu 1 hingga 3 hari bekerja untuk fund ini masuk ke akaun bank. Mudah kan! 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik