Penutup

Tahniah kerana anda telah berjaya menghabiskan modul panduan export mudah ini. Panduan ini akan dikemas kini dari masa ke semasa mengikut kesesuaian. eBay punya game bukannya hari ini buat akaun eBay dan Payoneer terus boleh jual banyak barang.

Bagi akaun baru mungkin boleh jual harga rendah sikit. Tetapi kenakan caj shipping lebih tinggi dari seller lain. Ramai seller baru guna strategi ini. 

Kalau seller lain jual $50 dengan free shipping, cuba jual $45 dengan shipping $15. Kalau selalu buat research cari barang di eBay akan perasan konsep ni. 

Kalau hendak buat beberapa akaun eBay kena ikut langkah demi langkah yang diterangkan seperti sebelum ini. Akaun ebay kami dari tahun 2014 tidak pernah kena terminate. Kalau sudah dapat warning yang eBay tak bagi jual barang itu, jangan jual ye. Barang copyright ke, copy ori ke jangan jual.

Kalau barang tak berjaya terjual pada bulan pertama jangan mudah putus asa ye. Kami dulu masa baru-baru menjual pun mengalamai masalah yang sama. Semakin lama kami membuat research barang yang laku semakin cerah peluang barang yang kami jual itu laku.

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik